CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (residensiwilayah.kwp.gov.my)

CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (residensiwilayah.kwp.gov.my)

RUMAH RESIDENSI

Kementerian Wilayah Persekutuan ada menyediakan bantuan perumahan di bawah program Rumah Residensi Wilayah (Residensiku).

 

SASARAN PROGRAM RUMAH RESIDEN WILAYAH

Projek perumahan ini menyasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan.

Dijangka 80,000 unit Residensi Wilayah akan dibina bermula 2019 sehingga tahun 2028.

 

SPESIFIKASI RUMAH RESIDEN WILAYAH

Rumah-rumah dibawah program ini menawarkan tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Ini info tentang rumah PPR, sila SEMAKAN,DAFTAR & PERMOHONAN PERUMAHAN PPR DISEWA & DIMILIKI & MYHOME

 

LIPUTAN KAWASAN PERUMAHAN RESIDENSIKU

Kawasan perumahan Residensiku tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

 

SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON RESIDEN WILAYAH

syarat permohonan rumah residensi wilayah

Berikut adalah golongan yang layak memohon rumah Residensi Wilayah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas ketika permohonan dibuat
  • Menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan (bujang)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 (berkahwin)
  • Pesara juga layak memohon sekiranya cukup syarat di atas.
  • Namun hanya satu projek boleh dimohon.

 

DAFTAR RUMAH RESIDEN WILAYAH

  1. Langkah pertama adalah kena semak jika anda layak atau tak.
  2. Layari portal online RESIDEN WILAYAH: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/register
  3. Baca syarat & anda layak untuk mohon Rumah Residen Wilayah
  4. Tekan saya LAYAK
  5. Masukan maklumat diri seperti No. Kad Pengenalan (Baru),Kata laluan ,Ulang Kata laluan ,Kewarganegaraan ,Warganegara,Email ,Status Perkahwinan ,Pendapatan Kasar Isi Rumah / Bulan (RM) ,Gaji Pokok + Elaun (Cola & Lain-lain) ,Poskod Tempat Tinggal ,Poskod Tempat Kerja
  6. Terdapat senarai projek yang ada,(hartanah dan lokasi yang anda berkenan)
  7. Sekiranya anda daftar untuk skim yang belum lagi dibuka untuk permohonan, nanti anda akan dapat emel bila permohonan tu dah dibuka.

 

LOG MASUK RUMAH RESIDEN WILAYAH

  1. Layari portal RESIDEN WILAYAH
  2. Cari butang LOG MASUK
  3. Masukan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  4. Tekan log masuk

 

PERMOHONAN RUMAH RESIDENSI WILAYAH

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut beberapa dokumen yang diperlukan :

  • Borang Permohonan
  • Surat Sumpah
  • Bukti Kad Identiti Pemohon
  • Sijil Nikah (jika berkenaan)
  • Slip Gaji atau Penyata Bank
  • Bil Utiliti (bukti alamat)
  • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk hartanah sedia ade (jika berkenaan)

 

SENARAI PROJEK RESIDEN WILAYAH

Berikut senarai projek yang masih dibuka:

  • Pangsapuri Vista Danau Kota (Wangsa Maju)
  • Residensi Akasie Jubilee (Bukit Bintang)
  • Residensi Aman Bukit Jalil (Seputeh)
  • SkyAwani IV (Setiawangsa)
  • Residensi Laman Sari (Batu)
  • Apartment Lili Petaling (Seputeh)
  • Residensi Inspirasi Setapak (Wangsa Maju)
  • Residensi Akasia Permaisuri (Bandar Tun Razak)
  • Residensi Hektar (Wangsa Maju)

PERHATIAN

Pemohon perlu menyimpan dokumen permohonan “hard copy” sendiri untuk rujukan masa hadapan.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH RESIDEN WILAYAH

Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.

 

SOALAN LAZIM RESIDENSI WILAYAH

Bagaimana jika telah memiliki rumah?

Pemohon yang memiliki rumah di negeri lain masih boleh memohon Residensi Wilayah.

 

Boleh jual semula rumah ini?

Residensi Wilayah mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama perjanjian jual beli ditandatangani.

 

Bagaimana untuk mengetahui status permohonan?

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal Residensi Wilayah.

 

Berapakah bayaran pertama yang perlu dikemukakan ketika permohonan?

Pemohon yang berjaya ditawarkan rumah Residensiku perlu menyediakan bayaran 10% sebagai deposit kepada pemaju.

 

Berapakah tempoh sah laku permohonan?

12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.

Tags: #CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (residensiwilayah.kwp.gov.my) #DAFTAR RUMAH RUMAH RESIDEN WILAYAH #LIPUTAN KAWASAN PERUMAHAN RESIDENSIKU #LOG MASUK RUMAH RESIDEN WILAYAH #PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH RESIDEN WILAYAH #PERMOHONAN RUMAH RESIDENSI WILAYAH #RUMAH RESIDEN WILAYAH #SASARAN PROGRAM RUMAH RESIDEN WILAYAH #SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON RESIDEN WILAYAH #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH RESIDEN WILAYAH #SENARAI PROJEK RUMAH RESIDEN WILAYAH #SPESIFIKASI RUMAH RESIDEN WILAYAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Leave a reply "CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (residensiwilayah.kwp.gov.my)"