CARA TRANSFER DUITNOW BANK RAKYAT(Register DuitNow i-Rakyat)

CARA TRANSFER DUITNOW BANK RAKYAT(Register DuitNow i-Rakyat)

DUITNOW BANK RAKYAT

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan DuitNow? Melalui DuitNow, anda boleh memindahkan duit ke akaun yang telah anda daftarkan. Mungkin ramai antara kita belum memahami sistem DuitNow ini.

Bank Rakyat melalui perbankan online i-rakyat juga memperkenalkan cara transfer menggunakan DuitNow. Jika dahulu anda menggunakan nombor akaun bank untuk transfer kini anda boleh menggunakan pelbagai pilihan nombor seperti No.Kad Pengenalan, Nombor telefon dan lain-lain.

 

APA ITU DUITNOW BANK RAKYAT?

DuitNow adalah cara transfer duit menggunakan Nombor Telefon Bimbit atau Nombor Pengenalan Anda (Nombor I / C, Nombor Polis / Tentera Darat, dan Nombor Pasport), atau Nombor Pendaftaran Perniagaan atau Nombor Akaun. Ini adalah ciri baru dalam iRakyat yang berbeza dengan cara transfer dahulu hanya menggunakan Nombor Akaun Bank sahaja.

 

CARA REGISTER ID DUITNOW BANK RAKYAT

Sebelum anda register ID DuitNow, sila pastikan anda sudah mempunyai ID untuk login ke i-rakyat. Jika sudah, berikut adalah cara untuk register ID DuitNow :

 

  1. Langkah pertama perlu anda buat adalah login ke portal irakyat iaitu di https://www2.irakyat.com.my
  2. Seterusnya masukkan id dan kata laluan yang telah anda daftarkan untuk irakyat.
  3. Setelah anda berjaya login, tekan pada butang DuitNow yang tertera. Apabila anda menekan butang tersebut, anda diminta untuk memilih samaada untuk guna DuitNow, DuitNow ID Registration dan DuitNow ID Maintenance.
  4. Untuk tujuan pendaftaran, anda perlu menekan pada butang DuitNow ID Registration.
  5. Masukkan ID DuitNow yang anda mahu gunakan : Nombor telefon, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Polis / Tentera (jika ada) dan Nombor Paspot (bukan warganegara)
  6. Setelah itu, pilih akaun untuk terima duit daripada ID DuitNow yang digunakan.
  7. Tekan butang I hereby agree to Terms & Conditions. Klik butang next dan buat pengesahan pada butiran yang dipaparkan.
  8. Klik butang Request TAC dan masukkan nombor TAC yang anda terima pada petak TAC information.
  9. Tekan butang Confirm dan pendaftaran ID DuitNow anda telah selesai!

 

CARA GUNA DUITNOW BANK RAKYAT

Setelah berjaya membuat pendaftaran ID DuitNow, anda boleh membuat pemindahan wang dengan mudah melalui DuitNow. Caranya begini :

  1. Login ke akaun iRakyat anda.
  2. Klik pada logo DuitNow dan pilih ‘DuitNow” seterusnya tekan next.
  3. Pada Transfer From, pilih akaun yang digunakan.
  4. Isikan jumlah wang yang diperlukan.
  5. Pada Transfer To, pilih New DuitNow ID
  6. Masukkan maklumat seperti yang diminta dan klik Submit.
  7. Klik pada Request TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda.
  8. Jika selesai, paparan akan menunjukkan seperti berikut :
    • Add to Favourites to add the Beneficiary to favourites list,
    • Get Receipt to save or print the receipt, or
    • Make Another Transfer to proceed for another transfer.

Baca tentang CARA INSTANT TRANSFER BSN(Menggunakan DuitNow)

 

SOALAN LAZIM

 Bagaimana saya hendak menukar ID DuitNow daripada bank lain ke Bank Rakyat?

  1. Layari www.irakyat.com.my
  2. Log masuk ke iRakyat
  3. Klik pada DuitNow
  4. Pilih Penyelenggaraan ID DuitNow
  5. Pilih Jenis ID DuitNow anda yang kini berdaftar dengan bank lain dan klik Bank Lain
  6. Pilih akaun penerima untuk memautkannya ke ID DuitNow yang dipilih
  7. Klik butang TAC Request dan masukkan nombor TAC setelah anda menerima maklumat TAC
  8. Klik Seterusnya untuk menukar akaun menjadi Bank Rakyat

 

Adakah saya perlu register dahulu ID DuitNow Bank Rakyat untuk menggunakan DuitNow?

Untuk menerima wang melalui DuitNow, anda perlu register ID DuitNow dahulu. Untuk menghantar wang melalui DuitNow, anda perlu ID DuitNow penerima.

 

Bolehkah saya register ID DuitNow dengan dua bank yang berbeza?

Tidak, DuitNow hanya boleh daftar melalui satu bank akaun sahaja.

1 thought on “CARA TRANSFER DUITNOW BANK RAKYAT(Register DuitNow i-Rakyat)”

Leave a Comment