SEMAK PKSK 2022 (Cara Check Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus)
Buat ibu bapa yang ingin mengehantar anak-anak ke sekolah khusu, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa semakan permohonan kemasukan sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2022 / 2023 telah dibuka. Di sini kami akan kongsikan cara semak PKSK, semoga membantu
APA ITU PKSK
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Dimulakan pada tahun 2020, kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA serta sekolah-sekolah khusus yang lain untuk tahun 2022 akan disaring terlebih dahulu.
Semua pemohon dikehendaki menjalani ujian secara online yang dipadankan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
FASA PROSES PENGAMBILAN SEKOLAH KHUSUS
Berikut adalah merupakan proses pengambilan untuk ke Sekolah Khusus:
- Permohonan
- PKSK
- Pemilihan
- Tawaran
- Rayuan
PERMOHONAN UJIAN PKSK KE SEKOLAH KHUSUS
Semakan permohonan ini melibatkan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus berikut:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Kolej Vokasional
- Maktab Tentera DiRaja
FORMAT PKSK
Ujian PKSK merangkumi 3 bahagian iaitu:
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
- Bahagian B: Kecerdasan Intelek
- Bahagian C: Artikuasi Penulisan
TARIKH SEMAKAN PKSK 2022
Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2022 / 2023 boleh dibuat bermula 15 Mac 2022
CARA MEMBUAT SEMAKAN PKSK
Bagi calon yang berminat boleh membuat semakan permohonan seperti berikut:
- Layari laman web berikut untuk permohonan
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
- Pada paparan utama Klik bahagian Semakan Tawaran
- Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan Klik Untuk Login.
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat dan klik semakan permohonan.
TARIKH PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS
Di bawah adalah jadual terkini tarikh penting PKSK iaitu:
Rujuk CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila rujuk laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia. Hubungi KPM di talian berikut:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
- Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
- Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562
Tags: #CARA MEMBUAT SEMAKAN PKSK #FASA PROSES PENGAMBILAN SEKOLAH KHUSUS #FORMAT PKSK #JADUAL SESI PENTAKSIRAN PKSK 2022 #JADUAL TERKINI TARIKH BAHARU PKSK #SEMAK PKSK 2022 (Cara Check Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus) #SEMAKAN KELAYAKAN MENJALANI UJIAN PKSK #SEMAKAN PKSK #SEMAKAN PKSK 2022 #SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK #TARIKH BUAT SEMAKAN KEMASUKAN SBP/ SMKA #TARIKH PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS 2022 #TARIKH SEMAKAN PKSK 2022
Nur aleeya anissa2 tahun ago
Smkbbd
Hartini2 tahun ago
Salam tuan, dimana boleh saya buat pertanyaan bila semakan mendapati ” anda tidak berdaftar” . Saya dah register tapi rekod menyatakan sebaliknya. Terima kasih
Pn. Rosna Binti Kamruddin1 tahun ago
assalamualaikum tuan /puan , dimana saya boleh buat pertanyaan anak saya dah buat pendaftaran sbp tetapi apabila saya kemaskini untuk menjalani ujian pspk menyatakan rekod tidak berdaftar. mohon penjelasan Terima kasih