SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN 

SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN 

SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

Untuk membuat  SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO, anda perlu faham tentang Program Subsidi Upah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

  • Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  • Di bawah Pakej PRIHATIN pada 27 Mac 2020, subsidi upah bagi PSU kepada majikan adalah untuk tempoh 3 bulan.
  • Pada 5 Jun 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan di bawah PENJANA (6 bulan secara keseluruhan).

TARIKH PSU  BERKUATKUASA

  • PSU mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  • Tempoh PSU adalah selama 6 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.

TARIKH PERMOHONAN AKHIR PSU

  • Tarikh akhir permohonan PSU adalah pada 30 September 2020.

APA ITU PERLUASAN PSU

  • PSU yang diumumkan pada 5 Jun 2020 adalah seperti di Jadual 1 berikut:

CARA BUAT SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja?

Sebarang masalah perburuhan di luar PSU, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03-88862409 atau eemel di [email protected]

SENARAI MAJIKAN YANG LULUS PSU

Kini para pekerja / majikan boleh membuat semakan senarai majikan yang lulus bayaran program tersebut di portal rasmi prihatin.perkeso.gov.my.

Sila masukkan nama syarikat tempat anda bekerja pada ruangan carian untuk mempercepatkan proses semakan.

Dengan adanya senarai ini, para majikan tidak boleh memberi alasan permohonan mereka gagal dan sebagainya.

SOALAN LAZIM PSU

Bolehkah pekerja yang diarahkan mengambil cuti tanpa gaji (CTG) memohon PSU, yang mana sebelum ini diliputi di bawah program Employment Retention Program (ERP)?

  • Mulai 15 Jun 2020, program ERP akan digabungkan di bawah PSU.
  • Perluasan PSU ini meliputi pekerja yang telah diarahkan mengambil CTG dengan syarat bekerja di sektor pelancongan atau sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang masih dilarang (prohibited) sepanjang tempoh PKPP. Majikan tersebut boleh memohon PSU dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.
  • Majikan di bawah sektor pelancongan perlu mengesahkan aktiviti industri (berdasarkan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan) semasa mengemukakan permohonan PSU.

Nota: Contoh industri pelancongan adalah seperti hotel, penerbangan, taman tema, agen pelancongan, sewa kereta, pemandu coach, pengangkutan air, cruise, eco-tourism farm dan lain-lain.

Siapakah yang tidak layak memohon PSU?

  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020
  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 April 2020
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate)
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU selepas mengemukakan permohonan selepas atau pada 15 Jun 2020.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Tags: #APA ITU PERLUASAN PSU #APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) #CARA BUAT SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO #SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN #SENARAI MAJIKAN YANG LULUS PSU #SOALAN LAZIM PSU #TARIKH PERMOHONAN AKHIR PSU

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    KALENDAR KUDA TAHUN 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKALENDAR KUDA TAHUN 2021 APA ITU KALENDAR KUDA? Rakyat Malaysia rasanya pasti
    1. author

      Mohd faizul nizam bin hasim4 weeks ago

      SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN

      Reply
    2. author

      Mohd faizul nizam bin hasim4 weeks ago

      I am urgent

      Reply
    3. author

      NUTRENICS PADI SDN BHD3 weeks ago

      SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO RM600 SEBULAN "