PENGELUARAN STR FASA 2 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)

PENGELUARAN STR FASA 2 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)

PENGELUARAN STR BSN

Jika anda penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank atau status pembayaran gagal kredit, anda perlu membuat pengeluaran STR di BSN (Bank Simpanan Nasional). Disini kami kongsikan penerangannya, semoga membantu

 

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2

  • Ada Akaun Bank
    • Dikreditkan ke akaun bank mulai April 2024 secara berperingkat
  • Tiada Akaun Bank
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai April 2024

 

CARA SEMAK STATUS STR ONLINE

Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk membuat semakan status anda iaitu:

  1. Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. 2. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
  4. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran
  5. Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 4 (jika layak)

 

 

CARA PENGELUARAN STR FASA 2 DI BSN

Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar STR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

 

CARA PENGELUARAN STR OLEH WAKIL DI BSN

Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran STR di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Senarai Wakil Pengeluaran STR

  • Ibu / Bapa
  • Pasangan (keutamaan)
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Nota: Bagi pembayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Dokumen Diperlukan Bagi Pengeluaran STR Oleh Wakil

  1. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima;
  2. Kad pengenalan (asal) waris: dan
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
    • Pasangan
      • Sijil Perkahwinan; ATAU Sijil Lahir Anak
    • Ibu / Bapa
      • Sijil Kelahiran penerima
    • Anak
      • Sijil Kelahiran Waris
    • Anak Angkat
      • Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tiada sijil angkat) iaitu: Mahkamah; atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Anak Tiri
      • Sijil Lahir Waris (anak tiri); DAN Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
    • Adik Beradik
      • Sijil Kelahiran Penerima; DAN Sijil Kelahiran Waris
    • Cucu
      • Sijil Kelahiran Waris (Cucu); DAN Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Waris
  4.  Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian:
    • Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau Tempoh masa Surat Pengesahan:
      • Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara: atau
      • Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
    • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
    • Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
    • Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
    • Kad Orang Kurang Upaya (OKU)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENGELUARAN STR DI BSN

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

  • Sekiranya paparan di portal MySTR menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?

  • Sekiranya paparan di Portal MySTR menunjukkan status Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Sumbangan Tunai Rahmah Rakyat di BSN?

  • Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar STR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Baucar?

  • Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal MySTR

Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran STR Fasa 2 di kaunter BSN?

  •  Duit STR Fasa 4 boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN pada April 2024
  • Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Baucar  wujud pada paparan Maklumat Pembayaran. Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.

Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai STR boleh dibuat?

  • Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada (tarikh akan dikemaskini kemudian)

Suami adalah penerima STR. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit STR?

  • Ya, layak. Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Sumbangan Tunai Rahma yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit STR.

Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit STR?

Ya, boleh. Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran STR di BSN. Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-beradik
  • Cucu

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?

  • Ya, boleh. Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan. Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?

  • Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan. Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN. Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima STR.

Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?

  • Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan. Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN. Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima STR.

ARTIKEL LAIN

STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)

15 thoughts on “PENGELUARAN STR FASA 2 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)”

  1. SEMASA NAK PENGELUARAN BPR BOLEHKAH SAYA NAK BUAT KAD BANK TERUS. PASAL SAYA ADA BACA S.T BOLEH BUAT KAD BANK DENGAN TAMBAH RM12 KE RM14 UNTUK BUAT KAD BANK BARU. TAPI SETIAP KALI SAYA KELUARKAN BPR MESTI ORANG BANG CAKAP TUNGGU ABIS ‘PKP’ .. SAYA SAMPAI NAIK BENGANG.. NAK TUNGGU DAH LAMA SAYA TUNGGU TAPI TAK BOLEH BUAT GAK KAD BANK.. BOLEH KAH BANTU SAYA SUPAYA SAYA BOLEH BUAT KAD BANK SAMPAI BOLEH DAPAT KAD BANK???

    Balas
  2. Status bpr fasa 2 saya lulus tapi gagal kredit/mixmatch named…bolehkah saya ambil di kaunter Bsn atau menunggu no bauncer…kerana tidak tertera no baucer…terima kasih…fasa 1 masuk ke akaun bsn saya kerana maklumat bank,akaun bank saya…

    Balas
  3. Fasa 1 str masuk akuan bank selepas tu saya kemaskini tiada maklumat bank dan permohonan berjaya. Bila bantuan fasa 2 dalam portal saya status dalam proses pengkeriditan,tunggu proses berjaya memang tidak berjaya sebab akaun sudah tutup .cara untuk dapatkan bantuan tu macm mana

    Balas
  4. Hri ini 12 April 2023, abang saya mewakili sy yg uzur lumpuh untuk mengambil str di bsn, tpi tidak dibolehkan, pihak bank mengatakan kena tuan badan yg datang.. Mana yg benar ni?

    Balas

Leave a Comment