SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM(MYGOVERMENT):CARA BUAT APPOINTMENT

SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM(MYGOVERMENT):CARA BUAT APPOINTMENT

SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM

Bagaimanakah cara untuk buat jani temu online Klinik Kesihatan KKM?Jika anda ingin ke Klinik Kesihatan KKM,anda kini boleh buat janji temu online melalui SISTEM JANJI TEMU  KLINIK KESIHATAN.

Untuk makluman anda, KKM telah memulakan sistem janji temu klinik kesihatan secara online melalui Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/)

Sistem ini akan digunakan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terpilih, dan tarikh bagi slot janji temu bermula 22 Februari 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Temu Janji Online Klinik Kesihatan Malaysia melalui portal MyGovernment.

APA ITU SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN 

Sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.

SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM

Antara tujuan memperkenalkan sistem ini adalah:

  1. Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  2. Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  4. Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan

CARA DAFTAR PENGGUNA PORTAL MyGOVERNMENT

Sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan pada portal MyGovernment,anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu,berikut  adalah cara untuk daftar bagi pengguna kali pertama:

  1. Layari Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/)
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Digital Baharu
  3. Klik Sistem Janji Temu Klinik
  4. Klik DAFTAR
  5. Lengkapkan borang pendaftaran
  6. Klik HANTAR
  7. Kini anda selesai membuat pendaftaran,sila login menggunakan id pengguna dan kata laluan yang diberikan.

CARA BUAT TEMPAHAN  SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN 

Untuk membuat tempahan slot temu janji, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/)
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Digital Baharu
  3. Klik Sistem Janji Temu Klinik
  4. Pilih tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih
  5. Peringatan akan dihantar melalui e-mel (reminder)
  6. Pelanggan perlu hadir sekurang-kurangnya 30 minit awal sebelum waktu janji temu

Nak pergi KWSP kena buat janji temu ke? Ya..rujuk JANJI TEMU KWSP ONLINE

SENARAI KLINIK YANG TERLIBAT SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN 

  • Klinik Kesihatan Sg Besar, Selangor – 22 Februari 2021
  • Klinik Kesihatan Kuang, Selangor – 22 Februari 2021
  • Klinik Kesihatan Batu 13, Puchong Selangor – 22 Februari 2021
  • Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka – 22 Februari 2021
  • Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka – 22 Februari 2021

Kik DISINI bagi tempahan janji temu.

Bagi senarai klinik di Selangor juga boleh didaftarkan melalui pautan ini: http://www.jknselangor.moh.gov.my/index.php/mutakhir/1304-kkonline

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MyGovernment di https://www.malaysia.gov.my/

Tags: #CARA BUAT APPOINTMENT SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM #CARA BUAT TEMPAHAN  SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN  KKM #CARA DAFTAR PENGGUNA PORTAL MyGOVERNMENT #SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM(MYGOVERMENT):CARA BUAT APPOINTMENT"