JANJI TEMU KWSP ONLINE (CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER)

JANJI TEMU KWSP ONLINE (CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER)

JANJI TEMU KWSP ONLINE (CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER)

Jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP terdekat bagi urusan berkaitan KWSP seperti berkaitan daftar i-Akaun,i-Lestari,i-Sinar dan lain-lain,ahli KWSP perlu membuat janji temu KWSP secara online sebelum hadir ke cawangan.

Bagaimanakah cara buat temu janji bagi urusan di kaunter KWSP?

Untuk makluman ahli KWSP,mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu KWSP Online. Hanya ahli yang membuat temujanji / appoinment dapat berurusan di kaunter KWSP.

 

APA ITU JANJI TEMU KWSP ONLINE?

Platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.

Maksudnya,sebelum hadir ke kaunter KWSP untuk pelbagai urusan,ahli perlu buat janji temu secara online terlebih dahulu.

Sila  booking slot ikut masa dan cawangan terlebih dahulu sebelum keluar ke kaunter melalui portal KWSP.

 

TEMPOH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN JANJI TEMU KWSP ONLINE

Ahli  boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

CONTOH

Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

 

SOALAN LAZIM JANJI TEMU KWSP 

Pukul berapa waktu operasi kaunter KWSP?

Berikut adalah Waktu Operasi Kaunter

8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.

Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.

9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja *.

*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang  terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.

Bagaimana cara untuk buat janji temu?

 

CARA BUAT JANJITEMU KWSP ONLINE

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:

Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.

Apa perkhidmatan yang ditawarkan?

Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
  • Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
  • Perundingan Perancangan Persaraan
  • Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)
  • *Perkhidmatan Perundingan kami adalah PERCUMA

Perkhidmatan Kaunter yang ditawarkan adalah:

  • Pengeluaran
  • Pendaftaran
  • Aduan Majikan Gagal Mencarum
  • Lain-lain Perkhidmatan

Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari pautan ini kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Berapa orang boleh hadir ke KWSP untuk urusan?

Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

CONTOH

Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.

Macam mana nak sahkan permohonan janji temu online?  

Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

Bilakah waktu sesuai untuk hadir ke cawangan KWSP?

Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.

Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.

Boleh ker tukar tarikh atau batalkan janji temu?

Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu

Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagaimana jika lewat hadir?       

Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.

 

ARTIKEL LAIN 

DIVIDEN KWSP EPF (Tarikh Semak & Check Guna i-Akaun)

25 thoughts on “JANJI TEMU KWSP ONLINE (CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER)”

  1. Soalan yang ingin ditujukan soalan megapa saya sukar untuk membuat temu janji dalam talian,i ini kerana cara saya telah mencuba ..kecewanya tiada tarikh yang diberi dan dengan jawapan tiada slot temujanji bulan ini.. Hampir semua bulan sama
    Yang muskil….. Minta bantuan

    Balas
  2. assalamualaikum selamat pagi cik …nama . saya .mohammad nur aizie asrie bin Zulhilmie ..
    saya nak bertanya berkenaan dengan i sinar ..saya telah menerima panggilan dari pihak kwsp berkenaan dengan pembayaran PO di negeri sembilan darul khusus. iaitu di tempat asal saya. namun saya berada di negeri Selangor kerana saya berkerja di negeri Selangor ..

    boleh ke jika saya buat tuntutan berkenaan dengan pembayaran PO di negeri Selangor kerana saya tidak dapat pulang kerana isu covid 19 ..

    bagaimana saya perlu lakukan kan cik ?

    Balas
  3. As salam dan Selamat Sejahtera,
    Pihak yang berkenaan,
    Saya ada membuat temujanji melalui On-Line (KWSP Kota Kinabalu, Sabah) dan datang pada 18/06/2021 (Jumaat) jam 10 pagi. Persoalannya, ada kah kaunter beroperasi waktu total Lockdown fasa 2 ni? Sekiranya tidak, adakah saya perlu memohon kembali temujanji tersebut? Pls advise, tq

    Balas

Leave a Comment