SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA ( SBOKU ):CARA MOHON & BORANG PERMOHONAN

SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA ( SBOKU ):CARA MOHON & BORANG PERMOHONAN

SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA

Tujuan Skim Bantuan Orang Kelainan Upaya ( SBOKU ) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan atau mata benda kepada pekebun kecil, wargakerja RISDA / SMR atau keluarga terdekat* yang mengalami kecacatan atau kehilangan upaya bagi meringankan penderitaan hidup dan mengembangkan keupayaannya.

SKOP PEMBIAYAAN  

Pembiayaan adalah secara ‘one-off’ samada dalam bentuk kewangan atau mata benda dengan kadar maksimum RM1,000.00.

SEMAKAN KELAYAKAN PEMOHON

Pemohon mestilah warganegara Malaysia

Pemohon hendaklah terdiri daripada pekebun kecil / keluarga terdekat yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA atau keluarga terdekat yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.

Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.

Pemohon perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya ( OKU ). Semakan boleh dibuat di laman web Sistem Pengurusan Maklumat OKU “http://spmoku.jkm.gov.my/smoku/”

Pemohon perlu mendapat perakuan untuk alat yang bakal digunakan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Malaysia.

CARA MEMOHON SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA ( SBOKU )

Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang SBOKU

Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian

Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia Yayasan RISDA ;

i) Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Surat Beranak OKU yang disahkan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja

ii) Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti Pekebun Kecil ( TS32 / RISDA7 / TS 18A ) atau kad pekerja sebagai bukti wargakerja RISDA / SMR

iii) Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti Pekebun Kecil

iv) Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Pemohon OKU

v) Salinan surat pengesahan Doktor sebagai OKU / Kad OKU

vi) Sebutharga Harga Mesin / Alat Bantuan yang diperlukan

vii) Gambar pemohon OKU

Baca tentang GERAN RISDA RM20,000 

Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA / SMR

Jawatankuasa Penilai Yayasan akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan

1 thought on “SKIM BANTUAN ORANG KELAINAN UPAYA ( SBOKU ):CARA MOHON & BORANG PERMOHONAN”

Leave a Comment