CARA BUAT RAWATAN SAPUAN FLUORIDA (GIGI KANAK-KANAK)

CARA BUAT RAWATAN SAPUAN FLUORIDA (GIGI KANAK-KANAK)

CARA BUAT RAWATAN SAPUAN FLUORIDA

Terdapat program sapuan fluorida yang ditawarkan kepada kanak-kanak secara percuma di klinik pergigian kerajaan. Adakah anda berminat untuk mendapatkan rawatan sapuanfluorida untuk anak-anak? Jom ketahui lebih lanjut tentang sapuan fluorida ini.

APA ITU SAPUAN FLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA?

SapuanFluorida atau Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.

 

KRITERIA KANAK-KANAK YANG DICADANGKAN MEMBUAT SAPUAN FLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA

– kanak-kanak yang kurang pendedahan kepada sumber fluorida (contohnya kanak-kanak yang tinggal di komuniti yang tiada bekalan air berfluorida dan kanak-kanak di kalangan status sosioekonomi yang rendah)

– pesakit keperluan khas seperti pesakit yang menjalani rawatan radiasi di bahagian kepala dan leher

– pesakit yang memakan ubat yang boleh mengurangkan aliran air liur.

 

SIAPA YANG PATUT MENYAPU VARNIS FLUORIDA PADA GIGI ANAK?

Sapuan varnis fluorida hendaklah dibuat oleh jururawat pergigian atau doktor gigi terlatih dan hanya disyorkan untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghidap penyakit karies gigi.

 

KEBAIKAN MEMBUAT SAPUAN FLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA PADA GIGI KANAK-KANAK

Varnis fluorida adalah rawatan klinikal bagi mencegah karies yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak. Varnis fluorida adalah satu-satunya sapuanfluorida yang disyorkan bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun.

 

CARA-CARA SAPUAN FLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA

1.Gigi akan dibersihkan dengan kain kapas lembut (gauze)

2.Apabila gigi telah dibersihkan sedikit varnis fluorida akan disapu pada permukaan gigi tersebut.

3.Varnis fluorida akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan.

 

KEKERAPAN SAPUAN SAPUAN FLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA

Disapu setiap 6 bulan sekali selama 2 tahun. Anda boleh bawa anak ke klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta untuk membuat sapuanfluorida. Seterusnya, buat temujanji untuk sapuanflourida seterusnya untuk memudahkan anda. Anda akan diberi kad pergigian yang mempunyai tarikh temujanji seterusnya.

 

USIA YANG SESUAI MEMBUAT SAPUANFLUORIDA ATAU VARNIS FLUORIDA

Biasanya sapuanfluorida dilakukan setelah tumbuh 2 batang gigi. Keutamaan sapuan fluorida adalah untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi karies seperti banyak makan minum manis, malas gosok gigi dan ada gigi yang sudah rosak.

 

PERANAN IBUBAPA DAN PENJAGA BAGI MENGELAKKAN KARIES DI GIGI ANAK-ANAK

1.Pantau diet anak-anak. Elakkan bagi makanan dan minuman yang manis.  Sebaiknya beri diet yang seimbang mengikut piramid makanan.

2.Ingatkan anak gosok gigi sebelum tidur. Amalan ini memang agak sukar untuk dilakukan, tetapi jika sudah menjadi kebiasaan, pasti lebih mudah dan akan menjadi amalan kepada anak-anak kita.

3.Berus gigi anak diperingkat awal lagi. Walaupun anak anda mempunyai dua batang gigi sahaja, anda dah boleh mula memberus gigi anak anda. Ada ibubapa yang mempunyai anggapan yang salah seperti menunggu semua gigi tumbuh,barulah hendak memulakan amalan memberus gigi.

Sebaiknya apabila anak telah dilatih untuk meludah sendiri atau dalam jangka umur 1 1/2 tahun gunalah ubat gigi berfluorida. Tak perlu banyak cukup sebesar saiz kacang hijau. Antara kesilapan ibubapa adalah tidak memberi ubat gigi berfluorida kepada anak. Mereka masih menggunakan ubat gigi yang kurang fluorida yang tidak membantu menghalang karies gigi berlaku.

4.Bawa anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan berkala. Anak-anak memang agak takut untuk berjumpa doktor gigi, jadi peranan ibubapa yang mendidik dan membuat anak berasa selesa untuk membuat pemeriksaan gigi. Sekurangnya, bawalah anak untuk membuat sapuanfluorida pada gigi anak bagi mencegah karies gigi berlaku.

 

ARTIKEL LAIN 

SISTEM JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN KKM(MYGOVERMENT):CARA BUAT APPOINTMENT

 

 

Leave a Comment