PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS) 2023
Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu program berkaitan penjagaan kesihatan wanita di Selangor iaitu Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS). Bagaimana cara untuk membuat permohonan SKWS? Disini kami kongsikan cara untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma, semoga membantu.
APA ITU SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR (SKWS)
Program Skim SKWS diwujudkan bertujuan untuk untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Kempen utama di bawah SKWS dengan menyediakan pemeriksaan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Penyediaan khidmat pemeriksaan Mammogram percuma ini adalah untuk mencapai matlamat adalah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang disasarkan oleh kerajaan negeri.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2023
- Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas;
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor
- Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
- Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
- Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
- Ahli Parlimen Selangor
- ADUN Selangor
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Penghulu/Ketua Kampung
- Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
- Ketua Komuniti/Nazir Masjid
- Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu
- Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja
DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN SKWS
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- salinan semakan daftar pemilih (SPR)
- Borang online yang telah disahkan (bukan kelahiran negeri Selangor tetapi telah bermastautin minimum 10 tahun)
- Bagi mereka yang menetap di sempadan Selangor , perlu sertakan bayaran cukai pintu rumah
CARA PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2023
- Permohonan perlu dibuat secara online di Laman Web Rasmi YAWAS iaitu https://yawas.my/skw.php
- Tekan bahagian ‘permohonan online’ dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
- Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau secara emel di [email protected]
- Pemohon kemudiannya boleh menyemak status permohonan di Laman Web Rasmi SKWS.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN SKWS 2023
Boleh semak kelulusan permohonan SKWS 2022 pada portal rasmi YAWAS iaitu https://yawas.my/skw.php
JIKA ANDA LAYAK SKIM SKWS
Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.
SENARAI HOSPITAL PANEL SKWS YAWAS
Pemeriksaan mammogram boleh dilakukan di hospital panel di bawah YAWAS berdekatan tempat anda iaitu:
- Klang – Columbia Asia Hospital
- Cheras – Columbia Asia Hospital
- Puchong – Columbia Asia Hospital
- Setapak – Columbia Asia Hospital
- Klang – KPJ Klang Specialist Hospital
- Shah Alam – KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam)
- MAKNA
- Beacon Hospital Sdn Bhd
- Aurelius Hospital Nilai
- Klang – Sentosa Specialist Hospital
- Kajang Plaza Medical Centre
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Pemohon yang mempunyai pertanyaa atau info lanjut boleh hadir ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selngor (YAWAS) yang beralamat di:
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.
Pemohon juga boleh menghubungi pihak YAWAS di talian 03 5481 8839/03 5481 8835 atau menghantar emel ke alamat: [email protected].
ARTIKEL LAIN
SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )
Permohonan baru