SKIM MESRA USIA EMAS (Tarikh Akhir Baucer Jom Shopping & Khairat Kematian)

SKIM MESRA USIA EMAS (Tarikh Akhir Baucer Jom Shopping & Khairat Kematian)

SKIM MESRA USIA EMAS

Kepada warga emas di Negeri Selangor yang berkelayakan, kini kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) melalui Skim Mesra 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan syarat kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM MESRA USIA EMAS

Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian sekiranya mereka meninggal dunia.

 

KADAR MANFAAT SKIM MESRA USIA EMAS

Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperolehi melalui SMUE ini iaitu:

MANFAATKETERANGAN
Baucar Beli-Belah RM150
  • Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  • Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  • Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  • Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  • Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
Khairat Kematian RM 500

 

  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
  • Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
  • Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
  • Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM MESRA USIA EMAS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan SMIS iaitu:

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  3. Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian)
  4. Sedang menetap di Negeri Selangor minimum 15 tahun (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja)
  5. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

DOKUMEN SOKONGAN SKIM MESRA USIA EMAS

Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap:

  • Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emes (SMUE).
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan semakan daftar Pemilih SPR pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan pewaris.
  • Sijil kematian si mati. (Jika Berkaitan)
  • Surat Akuan Sumpah. (Jika Berkaitan)
  • Salinan Dokumen Pendaftaran Pertubuhan/ Rumah Kebajikan. – (Jika Berkaitan)

 

CARA PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS

Terdapat dua kaedah permohonan SMIS ini iaitu secara online ataupun borang. Berikut adalah merupakan caranya:

Permohonan SMUE secara online:

  1. Layari pautan Permohonan Skim Mesra
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan anda
  3. Pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
  4. Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  5. Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal atau Pejabat YAWAS

Permohonan SMUE secara Manual

  1. Muat turun borang permohonan SMUE
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan ke Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal atau Pejabat YAWAS

 

CARA TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN SKIM MESRA USIA EMAS

Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar. Borang tuntutan boleh didapatkan dari Pusat Khidmat DUN berdekatan atau muat turun borang dari portal Skim Mesra. Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan seperti;

  • Borang tuntutan khairat yang telah diisi
  • Salinan sijil kematian
  • Salinan Kad Pengenalan pewaris
  • Salinan penyata bank pewaris
  • Borang Kemaskini Maklumat Pewaris (Jika Perlu)

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS

Anda boleh muat turun borang yang berkaitan SMUE menerusi pautan di bawah:

BILBORANGPAUTAN
1Borang Permohonan Skim Masra Usia Emas (SMUE)Muat Turun
2Borang Tuntutan Khairat (SMUE)Muat Turun
3Borang Tukar / Kemaskini PewarisMuat Turun
4Borang MastautinMuat Turun

 

CARA SEMAKAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS

Kepada anda yang telah membuat permohonan, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Layari pautan Semakan Permohonan Ahli Skim Mesra
  2. Masukkan no. kad pengenalan anda pada ruangan tersedia dan klik Carian
  3. Paparan akan menunjukkan status permohonan anda
  4. Setelah melakukan semakan barulah anda boleh melakukan penebusan baucar membeli belah

 

TEMPOH PENEBUSAN BAUCER BELI BELAH SKIM MESRA USIA EMAS

Kepada penerima yang telah berjaya lulus permohonan SMUE, anda boleh mengambil baucer Skim Mesra ini sehingga 31 Oktober di Pejabat YAWAS.

NOTA:

  • Baucer Jom Shopping sebanyak RM150 akan diberikan kepada penerima yang layak bagi digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.
  • Setelah menerima baucer tersebut pastikan anda menggunakannya dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat, kerana selepas tiga bulan baucer tidak akan boleh digunakan lagi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Mesra Usia Emes (SMUE), sila yarai portal rasmi Skim Mesra

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment