SENARAI SOP ENDEMIK TERKINI BERMULA 1 MEI 2022

SENARAI SOP ENDEMIK TERKINI BERMULA 1 MEI 2022

SOP ENDEMIK

Terkini Negara telah masuk ke Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April 2022 dengan memansuhkan beberapa SOP dan mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini. Disamping itu, Malaysia turut mengumumkan membuka semula sempadannya. Disini kami akan kongsikan SOP yang akan diguna pakai semasa fasa endemik, semoga membantu

 

TARIKH KUATKUASA SOP ENDEMIK

  • Mula Berkuat Kuasa Pada Ahad, 1 Mei 2022

 

SENARAI SOP ENDEMIK TERKINI BERMULA 1 MEI 2022

Berikut adalah merupakan SOP Endemik yang akan dikuatkuasakan Mulai 1 Mei 2022:

 Protokol Keperluan Uji Dan Lepas Bagi Kes Positif Covid-19

  • Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan selama Tujuh (7) hari dari tarikh pengambilan sampel
  • Individu boleh dilepaskan daripada pengasingan bermula pada hari ke-4 sekiranya telah disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh (7) hari.

 

Semakan Semula Keperluan Vaksinasi Lengkap Untuk Kemasukkan Ke Premis

  • Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.
  • Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis,
    • individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap
    • Individu dalam dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia

Semakan Semula Keperluan Pengujian Covid-19 Ke Atas Pengembara Baru Tiba Di Malaysia

Pengembara dengan status vaksinasi tidak lengkap atau belum menerima vaksinas dikehendaki:

  • Melakukan ujian pra-pelepasan dua (2) hari sebelum berlepas ke Malaysia (RT-PCR atau RTK-Ag Professional);
  • Menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta sama ada secara fizikal atau virtual;
  • Menjalani kuarantin wajib selama lima (5) hari di tempat penginapan termasuk rumah; dan
  • Menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag professional pada hari kelima.

 

Semakan Semula Keperluan Insurans Bagi Pengembara Bukan Warganegara Sebelum Masuk Ke Malaysia

  • Insurans COVID-19 bagi pengembara bukan warganegara Malaysia tidak lagi menjadi pra-syarat kemasukan ke Malaysia

 

Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka

  • Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan (indoor).
    • Dalam bangunan (indoor)
    • Gedong membeli belah
    • Pengangkutan awam.
  • Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan
    • Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar ramadan, pasar malam dan stadium;
    • Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
    • Individu yang berisiko tinggi;
    • Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak

 

Semakan Semula Keperluan Penjarakan Fizikal Dalam Sop Mkn

  • Keperluan penjarakan fizikal di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara terbitan 1 April 2022 juga telah disemak semula.
  • Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100% kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.
  • Namun begitu, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka

 

Semakan Semula Keperluan Imbasan Kod Qr Mysejahtera

  • Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempattempat awam. Bagaimanapun, saya ingin menyeru supaya anda semua mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.
  • Individu dengan status “High Risk” pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.
  • Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya.

 

Etika Salam Dan Penjagaan Kebersihan Tangan

  • Salam dibenarkan, TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman

 

Semakan Semula Senarai Aktiviti Dilarang (Negative List) Dalam Sop Mkn

  • Senarai perkara-perkara yang tidak dibenarkan (negative list) di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara terbitan 1 April 2022 digugurkan.
  • Agensi berkaitan hendaklah menyediakan protokol bagi pengoperasiannya.
  • Prosedur ini akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei 2022.

.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA ( Helpdesk Fizikal)

Leave a Comment