SEMAKAN STATUS SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN (mycrs.gov.my/orangawam/check)

SEMAKAN STATUS SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN (mycrs.gov.my/orangawam/check)

PERMOHONAN SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN (Check Status Car Seats)

Tahukah anda? Kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat. Walaubagaimanapun  ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.

Tetapi kerajaan telah bersetuju menyalurkan bantuan subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak yang diumumkan melalui bajet 2022. Disini kami akan kongsikan butiran mengenai permohonan subsidi ini, semoga membantu.

 

KEPENTINGAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK

Mengikut statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian. Untuk itu, Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Melihat akan angka kematian yang tinggi, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

 

Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi Kerusi Keselamatan (Carseat)  Ini?

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022:

  1. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun ke bawah
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia
  5. Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima oleh LHDN / ICU e-Kasih
  6. 1 keluarga layak menuntut 1 CRS sahaja

 

TARIKH SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN

  • Program ini akan bermula pada 1 Mac 2022 ini.

 

KADAR SUBSIDI CARSEAT

Penerima yang layak boleh menikmati:

  • 50% daripada harga asal (bagi CRS yang berharga RM300 ke bawah); atau
  • Subsidu RM150 maksimum bagi CRS yang berharga RM301 dan ke atas

Ini bermaksud, Sekiranya carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150. boleh rujuk contoh di bawah utk lebih jelas

  1. Contoh 1
    • Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.
  2. Contoh 2
    • Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.

 

Bagaimana Cara Penebusan Subsidi CRS (child carseat) 2022 ?

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

 

Tarikh Permohonan Subsidi CRS (child carseat) 2022 

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022.

Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

 

Apakah Ciri-Ciri  Kategori CRS Yang Diiktiraf?

Untuk makluman ibu ayah / penjaga yang bakal menebus subsidi ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria berikut:

  1. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  2. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  3. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  4. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.

 

RAYUAN SUBSIDI CARSEAT MyCRS

Rayuan MyCRS kini dibuka kepada pemohon MyCRS yang telah membuat permohonan lebih dari 3 hari (masih belum mendapat jawapan atau tidak menerima kelulusan). Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan borang rayuan: https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borang-rayuan-mycrs
  2. Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut:
    • Sijil lahir – Bukti mempunyai anak di bawah umur 12 tahun
    • Buku pink – menunjukkan anak bakal dilahirkan sebelum 1 November 2022
    • Bukti screenshot – Bukti yang anda adalah penerima BKM / BPR yang LULUS
  3. Muat naik (upload) dokumen yang diperlukan pada ruang yang disediakan.
  4. Anda boleh menyemak keputusan rayuan dalam tempoh 1 minggu selepas menghantar borang permohonan rayuan.

 

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak mendapat subsidi  ini?

Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.

Berapakah kadar insentif & subsidi carseat yang diperuntukkan?

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

 

ARTIKEL LAIN

TIPS MEMBELI CARSEAT TERBAIK (Cara Pilih Kerusi Keselamatan)

4 thoughts on “SEMAKAN STATUS SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN (mycrs.gov.my/orangawam/check)”

Leave a Comment