Cara Buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000 (pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

Cara Buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000 (pengeluarankhas.kwsp.gov.my)

Pengeluaran Khas KWSP

 

Anda pernah buat   pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) guna  tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah  sejak pandemik COVID-19 melanda negara ?

 

Adakah anda masih  terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan?

 

Terbaru,kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000.

 

Amaun Pengeluaran

Amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.

 

Namun, jika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan.

 

Kaedah Pembayaran

 

Pembayaran bagi pengeluaran khas ini dibuat dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.

 

1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik Mohon Sekarang
2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran.
B. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran Anda dengan menaip amaun pilihan
5. Tekan TERUSKAN
6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan Tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.

 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:

 

  • Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

 

Cara Memohon

Permohonan bagi pengeluaran khas ini boleh dibuat menerusi pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Semasa membuat permohonan, pencarum dikehendaki memastikan perkara berikut diambil perhatian:

 

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.
  • Baki simpanan KWSP disemak.
  • No akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa).
  • Akaun di atas nama sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi talian pengeluaran khas di 03-8922 4848.

 

Soalan Lazim

 

Adakah saya layak buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000?

Senarai Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:

 

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

 

Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

 

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online.

 

Bila tarikh permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10000?

 

Bermula 1 hingga 30 April 2022

 

Bila tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10000?  dibuat?

Bermula 20 April 2022

 

Bagaimana cara semak kelayakan Pengeluaran Khas KWSP RM10000?

 

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI LOKASI  KIOSK KWSP 2022(Lokasi Near Me)

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

4 thoughts on “Cara Buat Pengeluaran Khas KWSP RM10000 (pengeluarankhas.kwsp.gov.my)”

Leave a Comment