TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE(Permohonan Tempah Slot Di eAppointment)

TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE(Cara Permohonan Tempah Slot Di eAppointment)

TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE

Sekiranya anda ingin berurusan dengan Bank Rakyat, kini anda boleh membuat temujanji terlebih dahulu di musim pendemik ini. Kini Bank Rakyat telah memperkenalkan sistem  e-Appointment bagi memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan.

Bagaimana cara untuk membuat temujanji Bank Rakyat online? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU JANJI TEMU ELEKTRONIK (eAPPOINTMENT)

Janji Temu Elektronik (eAppointment) merupakan platform yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu secara dalam talian untuk mendapatkan perkhidmatan di Cawangan Bank Rakyat pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Platform ini dilancarkan oleh Bank Rakyat sebagai langkah proaktif Bank untuk memberi pengalaman pelanggan yang hebat (Great Customer Experience) serta menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengamalkan norma baharu atau ‘new normal’. Memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat janji temu secara dalam talian dan mengurangkan tempoh masa menunggu di premis bank. Antara jenis perkhidmatan yang disediakan untuk temujanji adalah:

  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan

 

PERKHDIMATAN JANJI TEMU TRANSAKSI PERBANKAN

Antara pekhidmatan yang disediakan bagi transaksi perbankan adalah seperti berikut:

  1. Pembukaan Akaun Tempoh masa: 1 Hour
    • Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz
  2. Pengeluaran/Simpanan Tempoh masa: 10 Minute
    • Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka
  3. Penghantaran Wang (IBG/Rentas/ Remittance) Tempoh masa: 10 Minute
    • Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
  4. Perkhidmatan Tabung Haji Tempoh masa: 30 Minute
    • Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  5. Permohonan Pembiayaan-I Tempoh masa: 30 Minute
    • Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i
  6. Permohonan Penyata Akaun Tempoh masa: 10 Minute
    • Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
  7. Penggantian Kad Debit-I Tempoh masa: 10 Minute
    • Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun
  8. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan) Tempoh masa: 45 Minute
    • Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
  9. Deposit Syiling Tempoh masa: 20 Minute
    • Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)

 

CARA BUAT TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE (eAPPOINTMENT)

Kepada anda yang ingin membuat janji temu dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my ata https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik janji temu baharu
    • Pilih negeri anda berada
    • Pilih jenis perkhidmatan (Ar-Rahnu/Transaksi Perbankan)
    • Pilih Perkhidmatan anda ingin (urusan yang anda ingin lakukan)
  3. Pilih cawangan
    • Pilih cawangan yang berhampiran dengan anda
    • Pilih tarikh & masa
  4. Informasi anda
    • Isi maklumat peribadi dengan lengkap pada ruangan yang disediakan
  5. Pengesahan
    • Sahkan maklumat
  6. Kemukakan bukti pengesahan janji temu atau nombor tempahan ketika hadir berurusan di cawangan (SMS atau e-mel yang diterima oleh pelanggan)

 

SEMAKAN TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE (eAPPOINTMENT)

Sekiranya anda telah membuat temujanji, berikut adalah cara semakan tempahan janji temu:

  1. Layari www.bankrakyat.com.my atau akses terus melalui https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik semak janji temu
  3. Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik search
  5. Informasi tempahan Janji Temu dipaparkan

 

SOALAN LAZIM

Bilakah saya boleh membuat janji temu Bank Rakyat?

Pelanggan perlulah membuat permohonan sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

 

Siapakah yang boleh membuat janji temu?

  • Pelanggan sedia ada Bank Rakyat
  • Pelanggan baharu Bank Rakyat

 

Bagaimanakah pengesahan permohonan janji temu dilakukan?

Pelanggan yang telah membuat permohonan akan menerima notis pengesahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel (sekiranya informasi dimasukkan oleh pelanggan) sebagai peringatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai temujanji Bank Rakyat online, anda boleh :

  • Hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454.
  • Media sosial Bank Rakyat (Instagram, Facebook dan Twitter).
  • FAQ Janji Temu Elektronik (https://www.bankrakyat.com.my/index.php?rp=faq_eappointment_arrahnu)

 

ARTIKEL LAIN 

TRANSFER DUITNOW BANK RAKYAT(CARA REGISTER DUITNOW i-RAKYAT)

10 thoughts on “TEMUJANJI BANK RAKYAT ONLINE(Permohonan Tempah Slot Di eAppointment)”

Leave a Comment