Cara Guna THiJARI(Akaun Tabung Haji Online)

Cara Guna THiJARI(Akaun Tabung Haji Online)

THiJARI (AKAUN TABUNG HAJI ONLINE)

Kepada pelanggan Tabung Haji, anda kini boleh menyemak tabung haji anda secara online. Tabung Haji kini mewujudkan protal Thijari. Apap itu Thijari dan fungsinya? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU THIJARI

Platform perkhidmatan digital ini dipanggil sebagai THi JARI. Ia diperkenalkan bagi memudahkan lagi urusan pendeposit Tabung Haji. Untuk para pendeposit yang ingin menggunakan perkhidmatan THi JARI ini, pastikan anda sudah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.


FUNGSI PORTAL THiJARI TABUNG HAJI

  1. Menyemak akaun
  2. Mencetak penyata akaun
  3. Membuat pindahan wang
  4. Membuat urusan perkhidmatan Haji
  5. Melakukan urusan Kelab TaHa secara online

 

CARA DAFTAR THiJARI TABUNG HAJI

Sebelum mendaftar THiJARI :

1) Pendeposit perlu memastikan mereka sudah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

2) Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit berdaftar.

3) Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log masuk sistem THi JARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

Untuk mendaftar, sila ikut arahan di bawah:
THiJARI (AKAUN TABUNG HAJI ONLINE)

"<yoastmark

 


CARA DAFTAR HAJI 



Haji boleh didefinisikan sebagai suatu jenis ziarah yang dilakukan oleh umat Islam ke kota suci Makkah, Arab Saudi. Ia dapat dilakukan untuk menyempurnakan  ibadah kelima dalam rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang menepati syarat dan berkemampuan dari segi kewangan serta kudrat.

Bagi majoriti rakyat Malaysia, pendaftaran untuk menunaikan Haji dilakukan dengan Tabung Haji (Lembaga Tabung Haji). Selain menyediakan perkhidmatan tabungan untuk umat Islam, Tabung Haji atau dahulunya dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji, berperanan mengendalikan urusan jemaah haji dari Malaysia terutamanya perjalanan mereka ke Makkah setiap tahun

Kepada yang sudah membuat pendaftaran untuk menunaikan haji, semakan daftar haji 2020 dapat dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi THiJARI. Selain menyediakan kemudahan buat semua pendeposit Tabung Haji dalam pelbagai jenis urusan, aplikasi THiJARI ini dapat digunakan untuk menyemak daftar haji serta tawaran haji dan banyak lagi

Sebelum membuat pendaftaran untuk menunaikan haji, pastikan syarat-syarat kelayakan di bawah dipenuhi:

 

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN HAJI

  • Seorang pendeposit Tabung Haji dengan baki akaun sekurang-kurangnya RM1,300
  • Tidak mempunyai rekod pendaftaran haji lain yang aktif (hanya satu pendaftaran dibenarkan)
  • Tidak dibenarkan mendaftar haji bagi mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh lima (5) tahun
  • Ahli KWSP boleh membuat pendaftaran haji dengan syarat berusia kurang dari 55 tahun

 

LOKASI PENDAFTARAN HAJI

Pendaftaran untuk menunaikan haji boleh dilakukan di lokasi-lokasi berikut:

  • Mana-mana cawangan Tabung Haji
  • THiJARI
  • ATM/CDM Maybank
  • ATM BIMB (Bank Islam)
  • Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat

Pendeposit hendaklah membawa MyKad atau Sijil kelahiran (bagi yang berumur 12 tahun ke bawa) semasa membuat pendaftaran haji di kaunter-kaunter Tabung Haji.

 

CARA DAFTAR HAJI MENGGUNAKAN PORTAL THiJARI TABUNG HAJI

Bagi pengguna baru THi JARI, pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum Log Masuk ke sistem THi JARI

  1. Layari portal TH iJARI di pautan www.tabunghaji.gov.my
  2. Isikan No. MyKad dan No. Akaun TH
  3. Masukkan No. Telefon yang telah didaftarkan bagi menerima No. TAC sebagai pengesahan
  4. Isikan Butiran untuk digunakan semasa log masuk THiJARI dan klik butang Terima terma dan syarat untuk menyelesaikan proses pendaftaran.

 

ARTIKEL LAIN

DUIT TABUNG HAJI:CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER,ATM & ONLINE

CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI (Update Mobile Phone Number)

TEMUJANJI TH BORANG ONLINE:CARA BUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI

THiJARI LOGIN:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI & SEMAKAN RAYUAN HAJI(thijari.com.my)

1 thought on “Cara Guna THiJARI(Akaun Tabung Haji Online)”

  1. Asmkm.
    Saya telah membuka akaun Thijari dan telah diterima.
    Apabila saya ingin log in, selepas menaip ID pengguna, imej keselamatan dipaparkan tidak sama dengan imej keselamatan yang saya pilih. Apabila saya menjawab TIDAK kepada imej keselamatan, saya dikehendaki mengisi semula ID pengguna, tetapi imej keselamatan yang sama masih keluar. Saya telah cuba beberapa kali lagi untuk log in tetapi masih imej keselamatan yang sama keluar. Bagaimana untuk saya nak log in? Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment