PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN N. SEMBILAN ( TUNS & TUNS Plus) 2022

PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN N. SEMBILAN ( TUNS & TUNS Plus) 2022

PERMOHONAN TUNS & TUNS Plus

Kepada Usahawan di Negeri Sembilan, terkini  Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka kembali permohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan (TUNS Plus).

Usahawan yang memerlukan geran atau pinjaman mudah tanpa faedah bagi mengembangkan perniagaan boleh membuat permohonan. Bagaimana cara untuk membuat permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TUNS & TUNS PLUS

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

TUNS Plus pula ialah Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk usahawan kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun.

 

TARIKH PERMOHONAN TUNS & TUNS PLUS

Permohonan boleh dibuat mulai:

  • TUNS: 1 Februari – 28 Februari 2022
  • TINS Plus: 1 Mac – 31 Mac 2022

 

SYARAT KELAYAKAN TUNS & TUNS PLUS

Berikut adalah merupakan Syarat Kelayakan bagi permohonan

 TUNS

  • Waraganegara Malaysia (anak atau pengundi di Negeri Sembilan).
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.
  • Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  • Tidak berstatus muflis.
  • Tidak pernah menerima inisiatif ini.

TUNS Plus

  • Waraganegara Malaysia (anak atau pengundi di Negeri Sembilan).
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Berstatus mikro yang mencatatkan jualan tahunan kurang RM300,000.
  • Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  • Mempunyai premis atau tapak perniagaan.
  • Mempunyai lesen atau permit perniagaan.
  • Tidak berstatus muflis.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti yang berkaitan seperti berikut terlebih dahulu:

  • Salinan kad pengenalan (perlu disahkan)
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan lesen perniagaan
  • Salinan perakuan pendaftaran SSM (perlu disahkan)
  • Salinan penyata kewangan/akaun bank
  • Gambar perniagaan (screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan).
  • Salinan perjanjian sewa
  • Bil utiliti/resit pembayaran
  • Sebut harga

NOTA: Bagi dokumen yang perlu disahkan, pemohon perlu membuat pengesahan dokumen sama ada melalui Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JPKKP/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri.

 

CARA PERMOHONAN TUNS & TUNS PLUS

Permohonan kedua-dua bantuan ini boleh dibuat pada masa tarikh yang ditetapkan seperti di atas:

  1. Layari pautan https://www.tuns.my/
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat mengenai butiran pemohon dan klik butang ‘Semak Permohonan.’
  4. Kemudian, isi semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang dikehendaki.
  5. Pada akhir paparan permohonan, sila perakukan permohonan dan klik ‘Hantar.

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

Saya sudah lama berniaga namun tiada SSM. Adakah permohonan saya akan diterima?

Pendaftaran SSM adalah syarat asas dalam memohon pembiayaan TUNS. Ketiadaan dokumen ini akan mengakibatkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

 

Saya pernah muflis dan kini berstatus blacklist namun mempunyai sijil perakuan pendaftaran SSM tetapi tiada akaun bank. Adakah saya layak memohon?

Pemohon yang berstatus muflis adalah dibenarkan untuk memohon. Walaubagaimanapun, pemohon perlu melampirkan penyata akaun waris terdekat dan surat perakuan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

 

Bolehkah koperasi/persatuan memohon TUNS?

Koperasi dan persatuan adalah tidak layak untuk memohon.

 

Adakah pembekal wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan?

Pembekal tidak wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia namun pembekal hendaklah sebolehnya dalam kalangan usahawan Negeri Sembilan atau pun berdaftar dengan PKNNS.

 

Bolehkah jumlah sebut harga melebihi RM3,000?

Jumlah sebut harga boleh boleh melebihi RM3,000 namun had maksimum kelulusan adalah RM3,000. Pemohon perlu membayar lebihan tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai TUNS & TUNS Plus, anda boleh merujuk:

ARTIKEL LAIN

GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)

Tags: #APA ITU TUNS #APA ITU TUNS Plus #borang #borang tuns.my #CARA PERMOHONAN TUNS #CARA PERMOHONAN TUNS PLUS #check tuns.my #daftar tuns.my #DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN TUNS #DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN TUNS Plus #https://www.tuns.my/ #maklumat lanjut mengenai TUNS & TUNS Plus #PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN N. SEMBILAN ( TUNS & TUNS Plus) 2022 #permohonan tuns.my #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN  TUNS #semakan tuns.my #SOALAN LAZIM (FAQ) TUNS & TUNS Plus #status tuns.my #SYARAT KELAYAKAN TUNS #SYARAT KELAYAKAN TUNS PLUS #TABUNG USAHAWAN NEGERI SEMBILAN(TUNS):CARA PERMOHONAN  PEMBIAYAAN RM3000 #TARIKH BUKA PERMOHONAN TUNS #TARIKH PERMOHONAN TUNS #TARIKH PERMOHONAN TUNS PLUS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN N. SEMBILAN ( TUNS & TUNS Plus) 2022"