CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH (Cara Buat SD Dimana Harga)

CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH (Cara Buat SD Dimana Harga)

AKUAN BERSUMPAH

Kepada anda yang ingin membuat surat akuan bersumpah, semestinya anda mencari contoh untuk dibuat panduan. Disini kami akan kongsikan kepada anda dan juga kadar harga semasa, semoga membantu

 

APA ITU AKUAN SUMPAH

Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969), dan seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.

Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration (SD) adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah

Surat akuan itu hanyalah perspektif daripada pembuatnya bahawa penegasan fakta yang terkandung di dalam surat akuan itu sebagai mempunyai merit dan beliau sanggup dihadapkan dengan pendakwaan jenayah jika fakta itu tidak benar

 

KADAR HARGA BAYARAN AKUAN SUMPAH

Berikut adalah merupakan kadar bayaran untuk memeterai Akuan Sumpah melalui perkhidmatan Pesuruhanjaya Sumpah iaitu:

NO.JENIS DOKUMENKADAR BAYARAN (RM)
1Akuan Berkanun (SD)10
-Ekshibit/Lampiran (SD)10
2Afidavit atau dokumen / instrumen lain
– Asal Pertama10
– Salinan Selepas5
3Lampiran
– Asal Pertama5
– Salinan Selepas2

NOTA : Pesuruhjaya sumpah bukan lah saksi pada sesuatu perjanjian atau akuan tetapi sumpah diangkat dihadapan pesuruhjaya sumpah. Surat akuan sumpah yang di angkat ‘DIMETERAI” di hadapan pesuruhjaya sumpah di mana isi kandungan di bacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah dan selepas ditandatangani oleh pengangkat sumpah, Pesuruhjaya sumpah akan menurunkan cop dan tandatangannya.

 

LOKASI BUAT AKUAN SUMPAH

Anda semua boleh pergi ke Tempat Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara dan tanda-tanda adalah seperti di bawah:

 

CARA BUAT AKUAN SUMPAH

Kepada anda yang ingin memeterai surat akaun sumpah, berikut adalah adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat Pesuruhanjaya Sumpah (PJS) berhampiran anda
  2. Apabila anda masuk ke dalam, terdapat seorang PJS yang dipoket kirinya tertera Pesuruhjaya Sumpah dan nombor pengenalanya.
  3. Mereka akan mencatitkan nama anda, kad pengenalan dan melihat dokumen yang anda bawa.
  4. Seterusnya beliau akan membaca dokumen dan memahamkan anda dan anda disuruh menandatangani dokumen sumpah itu.
  5. PJS akan mencatitkan bitir-butir identiti anda dibuku daftarnya dan anda disuruh menandatangani dibuku tersebut.
  6. Akhirnya PJS akan mengecopkan sealnya keatas dokumen yang anda bawa.

 

CONTOH SURAT AKUAN BERSUMPAH

Berikut adalah merupakan contoh surat akaun sumpah yang boleh anda copy, paste dan edit:

SURAT AKUAN SUMPAH

Saya ………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan ……………………………. yang beralamat di ………………………………………………………………………………………………………………….dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa saya:-

1.       ………………………………………………………………………………..

2.       ………………………………………………………………………………..

3.       ………………………………………………………………………………..

4.       ………………………………………………………………………………..

Saya sesungguhnya mengaku dan berikran bahawa akuan ini dibuat dengan penuh kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta mematuhi peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu:-

 

Nama : ………………………………………………………………………..)                      ……………………………………………………………..

di (alamat) …………………………………………………………………..)                     (Tandatangan penama)

…………………………………………………………………………………………. )

di Negeri …………………………………………………………………….)

Pada ……………… haribulan ……………. tahun ……………………..)

 

 

di hadapan saya

 

…………………………………………………………

Pesuruhjaya Sumpah / Majistret /

Hakim Mahkamah Sesyen

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment