e-PEROLEHAN TH (Pendaftaran & e-Invois Sistem Perolehan Elektronik Tabung Haji)

e-PEROLEHAN TH (Pendaftaran & e-Invois Sistem Perolehan Elektronik Tabung Haji)

e-PEROLEHAN TH

Kepada para pembekal yang ingin menawarkan perkhidmatan atau produk kepada Tabung Haji, anda kini boleh menawarkan menerusi e-Perolehan TH. sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar, semoga membantu.

 

APA ITU e-PEROLEHAN TH

e-Perolehan atau disebut sebagai Portal Pembekal Tabung Haji (TH) merupakan salah satu aplikasi/sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Tabung Haji (TH) melalui Internet.

Bermula tahun 2020, semua pendaftaran syarikat di TH akan dilaksanakan secara dalam talian (online). Pelaksanaan aplikasi ini mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila mengguna pakai sepenuhnya konsep bebas kertas atau paperless.

 

KEMUDAHAN e-PEROLEHAN TH

Berikut adalah merupakan kemudahan yang boleh digunakan oleh pembekal dalam sistem e-Perolehan iaitu:

  • Aplikasi Pendaftaran Baharu
  • Aplikasi Pembaharuan Pendaftaran
  • Aplikasi RFQ
  • Aplikasi Urusan kemaskini maklumat
  • e-Invois

 

KOD ETIKA PERNIAGAAN e-PEROLEHAN TH

Berikut adalah merupakan Kod Etika Perniagaan yang telah ditetapkan oleh TH iaitu:

  • Jujur melaksanakan tanggungjawab
  • Mematuhi undang-undang
  • Menjauhi rasuah
  • Mengelakkan percanggahan kepentingan dan tidak boleh memberi hadiah
  • Bertanggungjawab ke atas maklumat sulit dan aset TH
  • Memenuhi kepentingan kualiti piawaian dan kemahiran
  • Menghindari amalan anti-kompetitif
  • Menghormati individu dan masyarakat

 

SENARAI KOD BIDANG PENDAFTARAN TH

Untuk mengetahaui Kod bidang pendaftaran TH, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

 

CARA DAFTAR e-PEROLEHAN TH

Kepada syarikat yang ingin membuat permohonan pendaftaran atau pembaharuan syarikat menerusi sistem ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Pendaftaran Pembekal
  2. Baca terma dan syarat yang tertera kemudian klik pada Saya Faham Terma & Syara Di Atas.
  3. Isikan maklumat yang diperlukand dengan lengkap seperti:
    • Butiran syarikat
    • Maklumat perhubungan
    • Alamat
    • Jenis perniagaan
    • Akaun bank
  4. Setelah lengkap, klik pada Register untuk selesaikan proses pendaftaran

 

SOALAN LAZIM (FAQ) e-PEROLEHAN TH

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai e-perolehan ini, anda boleh merujuk pada pautan dibawah:

 

e-INVOIS TH

TH memperkenalkan pendaftaran dan serahan invois elektronik (e-Invois) melalui Portal Pembekal TH. Portal ini memberi kemudahan kepada pembekal TH bagi tujuan pendaftaran, padanan, muatnaik, serahan dan semakan status e-Invois secara atas talian. Panduan pembekal bagi e-Invois adalah seperti berikut:

  1. Manual Pengguna : Pendaftaran pembekal bagi tujuan e-Invois
  2. Manual Pengguna : e-Invois
  3. Soalan Lazim (FAQ) : e-Invois

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eperolehan TH, anda boleh melayari website rasmi Tabung Haji 

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR GUNA THiJARI Biz (Potongan Gaji Pekerja)

Tags: #APA ITU e-PEROLEHAN TH #CARA DAFTAR e-PEROLEHAN TH #e-INVOIS TH #e-PEROLEHAN TH #e-PEROLEHAN TH (Pendaftaran & e-Invois Sistem Perolehan Elektronik Tabung Haji) #KEMUDAHAN e-PEROLEHAN TH #KOD ETIKA PERNIAGAAN e-PEROLEHAN TH #Manual Pengguna : e-Invois #Manual Pengguna : Pendaftaran pembekal bagi tujuan e-Invois #SENARAI KOD BIDANG PENDAFTARAN TH #Soalan Lazim (FAQ) : e-Invois #SOALAN LAZIM (FAQ) e-PEROLEHAN TH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "e-PEROLEHAN TH (Pendaftaran & e-Invois Sistem Perolehan Elektronik Tabung Haji)"