APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)

APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)

APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)(Cara Permohonan Online & Borang)

 

SIP adalah satu sistem perlindungan pekerjaan untuk menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).  Bagi anda yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018, anda boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau dikenali juga sebagai Employee Insurance System (EIS).

SIP menyediakan program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim. Melalui program ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Semua warganegara Malaysia yang mencarum dengan PERKESO layak memohon SIP kecuali mereka yang hilang pekerjaan akibat salah laku(misconduct), perletakan jawatan sukarela, tamat kontrak atau bersara.

Selain itu, program ini juga membantu pencarum PERKESO yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

Sekiranya anda pekerja atau graduan baru yang ingin mencari pekerjaan, sila kunjungi Portal Pekerjaan SIP untuk memuatnaik resume anda dan mencari pekerjaan yang sesuai. Bagi menentukan kerjaya yang berpadanan dengan anda, kami juga menyediakan ujian psikometrik untuk mengenal pasti minat, bakat, dan keperibadian anda.

Anda tiada pekerjaan? baca tentang Insentif bagi  penggangur sebanyak RM800/RM1000

Sekiranya anda majikan yang ingin mengisi kekosongan jawatan, sila memuatnaik kekosongan jawatan syarikat anda ke Portal Pekerjaan SIP. Anda boleh berhubung dengan calon yang terpilih dengan menggunakan nombor telefon dan emel pencari pekerjaan yang dipaparkan dalam portal atau melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.

TAKRIF LIPUTAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.

Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

KADAR CARUMAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila login di klik disini

(Sila layari laman web perkeso untuk mendapatkan ID Portal).

Sila kemaskini maklumat caruman dan jana ECR untuk tujuan bayaran caruman SIP.

Cara bayaran caruman:

  1. Financial Process Exchange (FPX)

Bagi akaun perbankan runcit / peribadi (B2C), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM30,000* bagi setiap transaksi.

Bagi perbankan syarikat / korporat (B2B), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM2.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM1,000,000* bagi setiap transaksi.

*Had nilai transaksi tertakluk kepada had Perbankan Internet individu dengan bank, yang mana lebih rendah.

Bagi transaksi kurang daripada had minimum yang dinyatakan di atas, bayaran boleh dibuat dengan cara (b).

  1. Electronic Funds Transfer (EFT)

Bagi pembayaran secara EFT, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.

  1. Cek, kiriman wang atau wang pos

Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di ECR. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:

  1. Bertarikh dalam tempoh sah laku;
  2. Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO;

iii. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;

 

  1. Telah ditandatangani;

 

  1. Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;

 

  1. Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos;

 

vii. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar; dan

 

viii. Sila guna hanya satu medium bayaran bagi setiap satu transaksi.

Semua majikan boleh membuat bayaran caruman SIP di kaunter bank berikut sahaja:

  1. Maybank
  2. RHB Bank
  3. Public Bank

FAEDAH SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:

  1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal. Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2

Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3. Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

  1. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan

Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP – Dibayar secara pukal

  1. Fi/Yuran Latihan (FL)

Kemudahan latihan vokasional

Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih

Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000

  1. Elaun Latihan (EL)

Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan

Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan

Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL

  1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.

Sebanyak 25% daripada baki EMP

Dibayar secara pukal

SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:

  1. Program Penempatan Pekerjaan

Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

  1. Kaunseling Kerjaya

Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

LIPUTAN DAN KELAYAKAN PERMOHONAN FAEDAH

Liputan dan Kelayakan Permohonan Faedah

Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:

  • Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  • Berumur 18-60*
  • Bekerja dalam sektor swasta**
  • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)

*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum

** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  • Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
  • Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

  • Pembuangan kerja dan pertindihan
  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

 

 

Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:

  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

CARA MOHON SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

Permohonan boleh dibuat di atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO. Pautan untuk membuat permohonan di atas talian boleh didapati di sini

Dokumen tersebut diperlukan semasa membuat permohonan:

  • Salinan KPPN
  • Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  • Salinan maklumat akaun bank
  • Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan

Selain itu, pemohon faedah-faedah tertentu dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan tambahan. Dokumen sokongan untuk semua jenis faedah adalah seperti jadual di bawah:

SISTEM INSURANS PEKERJAAN

Sila klik pada tajuk borang untuk memuat-turun

Sekiranya permohonan anda telah DITOLAK, anda berhak untuk membuat rayuan di Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS). Borang rayuan boleh didapati di mana-mana pejabat PERKESO.

Leave a Comment