CARA DAFTAR GUNA JOMSETTLE (Bayar Komitmen Guna Kad Kredit)
Pada masa kini, penggunaan pembayaran secara online amat menggalakan. Anda boleh membayar sesiapa sahaja secara atas talian dengan kad kredit anda dan memperluaskan senarai rangkaian yang boleh dibayar menggunakan kad kredit anda. Langsaikan keperluan peribadi dan perniagaan anda tanpa mengorbankan simpanan dan wang tunai dengan menngunakan JomSETTLE.
Bagaimana cara untuk daftar, guna dan cara bayaran menggunakan JomSETTLE? Disini kami kongsikan caranay, semoga membantu.
APA ITU JOM SETTLE
JomSETTLE adalah sebuah platform Fintech yang dibangunkan untuk membantu usahawan dan individu membuat pembayaran menggunakan kad kredit kepada semua jenis perbelanjaan walaupun penerima tidak mempunyai kemudahan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit.
CARA DAFTAR JOMSETTEL
Sekiranya anda berminat untuk membuat pembayaran menggunakan kredit kad melalui JomSETTLE, anda haruslah daftar terlebih dahulu. Berikut adalahc ara daftar:
- Layari pautan https://jomsettle.com/ms/
- Klik pada bahagian Pendaftaran Percuma
- Pilih akaun pilihan anda sama ada:
- Perniagaan
- Peribadi
- Isi butiran yang diperlukan seperti
- Alamat e-mel
- Kata Lalaun
- Pengesahan Kata Lalauan
- Seterusnya isikan maklumat yang diperlukan pada borang permohonan
- Tandakan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat” dan klik Daftar
- Periksa peti masuk e-mel anda untuk e-mel pengesahan.
- Klik “Log Masuk Sekarang” untuk mengesahkan e-mel anda.
- Anda akan mengalihkan ke halaman Pengesahan SMS dan memasukkan kod SMS 6 digit yang akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda.
- Tahniah! Akaun anda telah berjaya didaftarkan. Anda boleh log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan berdaftar anda
CARA LOGIN JOMSETTEL
Setelah anda berjaya daftar seperti di atas dan teleh membuat pengesahan melalui email yang diterima, berikut adalah cara Login JomSETTLE:
- Layari pautan https://mylive.jomsettle.com/frontend/web/site/login
- Masukkan Email anda
- Masukkan Kata Lalaun anda
- Tekan Sign In. anda telah berla log masuk.
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN JOMSETTEL
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan jomSETTLE, berikut adalah caranya:
- Log masuk akaun JomSETTLE anda.
- Pada paparan utama, klik pada”Lakukan Pembayaran”
- Seterusnya pilih pada jenis pembayaran yang anda lakukan:
- Bagi perniagaan (Invois Pembekal/Gaji Perkerja/Pinjaman Peribadi/Sewa Beli/Bayaran ‘Freelancer’/Sewa/Bayaran Guaman/Bayaran Pendahuluan Perumahan/Pinjaman Perumahan/Bayaran Penyelenggaraan)
- Bagi Peribadi (Pinjaman Peribadi/Pinjaman Perumahan/Sewa Beli/Sewa/Bayaran ‘Freelancer’/Bayaran Pendahuluan Perumahan/ayaran Guaman/Bayaran Penyelenggaraan)
- Lengkapkan maklumat penerima dan bank.
- Muat naik dokumen sokongan dan nyatakan jumlah yang ingin dibayar.
- Sahkan maklumat pembayaran anda
- Pilih Pengeluar / Kredit Kad Kredit anda
- Setuju dengan Terma dan syarat FPX kemudian klik “Teruskan ke Pembayaran”
- Log masuk ke laman web Penerbit Kad Kredit / Perbankan Dalam Talian anda
- Lakukan pembayaran dengan Kad Kredit yang anda pilih
- Pembayaran anda Berjaya.
- jomSETTLE akan mengenakan caj transaksi yang minima. Penerima akan menerima bayaran melalui pindahan wang dalam tempoh T + 3 hari waktu bekerja.
SOALAN LAZIM (FAQ) JOMSETTLE
Apakah kelebihan menggunakan JomSETTLE?
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya mengguna JomSETTLE:
- Tiada Komitmen – Tanpa kontrak. Bayar mengikut penggunaan.
- Tiada Caj Tersembunyi – Caj transaksi yang minima
- Kaedah Pembayaran Selamat – Jaminan sistem yang selamat dengan kerjasama Bank Islam.
- Pembayaran Tepat Pada Masa – Semua pembayaran anda akan diproses dalam masa 3 hari waktu bekerja.
Apakah destinasi / mata wang yang disokong oleh jomSETTLE?
- jomSETTLE hanya menerima dan memproses sebarang transaksi yang dilakukan di Malaysia dengan mata wang Ringgit Malaysia (MYR).
Bolehkah saya menggunakan alamat e-mel yang sama untuk akaun peribadi dan perniagaan?
- Tidak, kerana semua akaun memerlukan alamat e-mel yang unik untuk mendaftar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar dan pembayaran, anda boleh layari web rasmi JomSETTLE di pautan https://jomsettle.com/
ARTIKEL LAIN
PENYATA KAD KREDIT:CARA SEMAK/MUAT TURUN CREDIT CARD STATEMENT ONLINE((Maybank Bank Islam BSN CIMB Bank Rakyat PUBLIC BANK RHB BANK)
CARA MOHON KAD KREDIT:APPLY CREDIT CARD ONLINE(MAYBANK/CIMB BANK/BANK RAKYAT/RHB BANK/BSN/ AEON CREDIT)