KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN
Jika anda telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari tetapi masih gagal menerima bayaran daripada pengeluaran yang dibuat kerana gagal dikreditkan ke akaun bank.
PUNCA PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN
Hal ini mungkin berlaku disebabkan kesilapan memasukan butiran maklumat akaun atau meletakkan nombor akaun pihak ketiga.
Berdasarkan maklumat daripada KWSP, pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.
Baca tentang Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
i-LESTARI LULUS TAPI GAGAL DIKREDITKAN
Bagi anda berstatus lulus tapi gagal dikreditkan perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui portal i-Lestari Online.
BACA : 17 JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 & 2 YANG BOLEH DIKELUARKAN SEBELUM UMUR PENCEN
Manakala yang berstatus Cek Jurubank, anda perlu menunggu cek tersebut sampai ke rumah masing-masing melalui pos berdaftar.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Bagi anda yang menerima SMS memaparkan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana no. akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut:
- Layari ke laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/resubmit_account.php
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Isikan nama penuh dan nombor telefon bimbit anda.
- Anda perlu buat pengesahan butiran pembayaran dengan pilihan akaun bank dikehendaki.
- Masukkan nombor akaun bank yang aktif. Pastikan akaun bank adalah milik ahli yang memohon.
- Kemudian, sahkan nombor akaun bank. Permohonan akan terbatal dan bayaran tidak dapat diproses sekiranya pemohon menggunakan akaun bank individu lain atau akaun bank bersama.
- Tick pada kotak yang disediakan.
- Klik pada butang ‘Saya Bukan Robot’.
- Hantar permohonan anda.
APA ITU STATUS CEK JURUBANK
STATUS GAGAL DIKREDITKAN KE AKAUN DAN DIGANTIKAN CEK JURUBANK
Bagi anda bayaran pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun bank dan digantikan dengan Cek Jurubank, anda perlu hubungi KWSP di 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.
Menurut makluman, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana akan KWSP akan membuat penghantaran Cek melalui pos berdaftar dan hantar Cek ke alamat surat menyurat penerima bayaran melalui alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Adakah anda telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP? Cuba SEMAK PENYATA KWSP ONLINE untuk lihat baki terkini wang KWSP anda.
TEMPOH MASA TERIMA CEK JURUBANK
Jangkaan penerimaan Cek Jurubank adalah 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier.
Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi Hotline i-Lestari 03- 89226000 atau mengemukakan pertanyaan klik disini.
Tags: #APA ITU STATUS CEK JURUBANK #CARA KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP #i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN #KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN #PUNCA PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN #STATUS GAGAL DIKREDITKAN KE AKAUN DAN DIGANTIKAN CEK JURUBANK #TEMPOH MASA TERIMA CEK JURUBANK
Nur sahanim bt abdullah sani3 tahun ago
Bila akan dapat cek jurubank
KekandaMemey3 tahun ago
Jangkaan penerimaan Cek Jurubank adalah 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier. Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi Hotline i-Lestari 03- 89226000
siti aida3 tahun ago
Bagaimana nk tukar no telefon yg telah didaftarkn..sebb saya buat kemaskini pembayarn..no.yg didaftar tidak sama..
siti aida3 tahun ago
Bagaimana nk tukar no.telefon yg di daftar..sebb saya nk kemaskini maklumat byaran..tapi bila saya masukkn no.telefon..paparan keluar..mengatakn suruh masuk no.yg didaftar..padahal no.telefon tu no.yg digunakan juga utk iakaun..
osman bin abd rahman3 tahun ago
1.Pembayaran i-lestari gagal di creadit kan dan digantikan dengan cek juru bank…masalah sy bulan pertama surat cek juru bnk sy dapat pada awal bulan….tetapi bulan ke 2 sampai sekarang sy tidak terima…megapa dan kenapa….
2.bagaimana nak tukar no hp yang telah sy daftarkan pada i-lestri kepada yang baru…
Nur najiha3 tahun ago
Setelah mengemaskinikan maklumat pembayaran, adakah proses pembayaran akan terus dibuat ataupun bagaimana…??
Philip Liong chee jin3 tahun ago
Bila pemohonan telah lulus dalam hari yang sama duit akan masuk bank
Zaidi bin md jani3 tahun ago
Salam.. Saya ada buat kemas kini akaun Bank. Tapi bila saya buat Dan hantr pada num ic saya Di beritahu num. Ic saya tiada dalam senarai kemas kini.. Boleh tolong jelas kan kenapa ye..
Murugan al krishnasamy3 tahun ago
Saya ada kemaskini number account bank.
Bila saya tekan butang hantar..terus keluar
Number ic anda tidak ada dalam senarai
Kemas kini ….macam mana nak kemaskini
Account saya…minta tolong..
Awang3 tahun ago
Saya telah tick “tiada akaun bank” dan telah pergi ke kwsp untuk Arahan Bayaran spt yg disuruh pihak kwsp. Saya disuruh buka akaun, dan telah buka akaun. Selepas itu, proses kemaskini no akaun tak dapat dilakukan kerana no ic saya telah berada dlm rekod dan sedang dikemaskini. Macam mana saya nk masukkan no akaun yg baru?
Choo3 tahun ago
i-lestari saya telah diluluskan pada 3 haribulan may ini, tapi sampai sekarang tiada apa-apa feeback yang mengenai bila akan dapat duit ini, adakah saya kena tunggu 2 3 hari lagi atau buat apa kemudian ?
mohd nor bin othman3 tahun ago
bagaimana pula dengan pengredetan berstatus bangkrap
Florida anak jimbun3 tahun ago
Saya ada kemaskini number account bank.
Bila saya tekan butang hantar terus keluar number ic anda tidak ada dalam kemas kini…macam mana nak kemas kini account saya..minta tolang…
Li na3 tahun ago
Setelah mengemaskinikan maklumat pembayaran, adakah proses pembayaran akan terus dibuat ataupun bagaimana…??
mybb11333 tahun ago
Saya mahu kemaskini number account bank.
Bila saya tekan butang hantar, terus keluar
Number ic anda tidak ada dalam senarai
Kemas kini , macam mana yer? Minta help…
Sitinorezzati3 tahun ago
Agak lama juga nak tggu 14 hari tuu😭😭😭
Syafiq3 tahun ago
Saya ada kemaskini tapi bila saya klik butang hantar terus keluar no my kad anda tiada dalam pengemaskinian macam mana ya nak kemaskini kalau jadi macam ni. Minta tolong
Badrul3 tahun ago
Saya dh kemaskini akaun bank sejak 16/5 lg tp sampai sekarang saya check masih keluar status yg sama?
Arshard bin ahmad3 tahun ago
Kemaskini kesilapan jumlah
Siti salwa Said3 tahun ago
Sy bru sja lepas membuat kemaskini KWSP berstatus lulus tapi gagal kredit.. Setelah itu, bila kah wang akan dimasukkan ke akaun bank??
Ho chee siong3 tahun ago
Sama juga keadaan gagal dikreditkan dan bila kemaskini no mykad tiada dalan seranai kemaskini,minta ajak macam mana buat
khairuullah3 tahun ago
Tarikh bayaran saya untuk dapat kwsp 13/MAY/2020 tapi saya dapat mesej kwsp akaun 2 gagal dikreditkan dan digantikan pada cek jurubank dari 13 MAY sampai sekarang 26 MAY sudah masih tiada sampai apa apa pun ke rumah saya??bagaimana ya??apabila saya hubungi nombor 0389226000 seperti yg dinyatakan banyak kali namun langsung tiada respon…
Hassan bin Aliman3 tahun ago
Tarik permohonan lulus 4mei -8mei sya kemaskini no ic sya tiada dlm sistem sedangkan kwsp dah pun keluarkan wang simpanan sya smpi skrg ni pun cek smpi2 di alamat yg di tetapkan jadi sya minta tolong sngt pda yg berwajip.
Hassan bin Aliman3 tahun ago
Nak tanya kalau gagal di akaun sya.jadi bilakah cek sya akan smpi di alamat sya.sedang kan sya dah pun pergi ke kwsp bagi akaun baru.smpi skrg ni tak ada sms atau jawapan dari kwsp dah 2 minggu tiada respon harap bagi respon minta tolong..
mohd aizuddin3 tahun ago
saya da daftar lulis tapi di sebabkan acc bank saya telah diblock dan tidak aktif menyebabkan duit kwsp saya tidak dapat keluar…apa yang perlu saya lakukan saya da kol cawangan kwsp tapi tindak balas dari panggilan saya tak dapat membantu saya untuk menanyakan soalan yang perlu saya ajurkan supaya saya dapat jawapan dari pihak kwsp,apa yang perlu saya lakukan..
Gyuinkong3 tahun ago
Tak ada nombr ke untuk kita cek bila cek kwsp tu sampai..tak ada ka macam nmbr tracking pos laju tu untuk kita cek..bagi memudah kan .kita tahu sama ada dah dalam penghantaran atau belum
Mohd radzi bin awang3 tahun ago
Boleh kah cek jurubank di kreditkan terus masuk ke dalam akaun
Mohd radzi bin awang3 tahun ago
Kekandamemey,bolehkah cek jurubank terus di kreditkan ke akaun milik kita,
KekandaMemey3 tahun ago
salam, stkt pengetahuan kami, bila kwsp dh hntr cek jurubank, mmg kna urus cara cek la, tp untuk bln akan dtg, mgkn boleh setting ke akaun bank encik
anne3 tahun ago
macam na pula saya dah cuba buat kemaskini tapi no ic saya tiada dalam senarai kemaskini
fazlina3 tahun ago
hai nak tanya kalau nak kemaskini jumlah pengeluaran ilestari macam mana eh ?
Muhammad amin bin roseli3 tahun ago
Maaf tanya..macam mana ilestari saya sudah diluluskan tapi gagal di kredit..saya sudah pergi pejabat..tapi mereka cakap tunggu surat cek sampai kat alamat rumah saya..masalahnye sampai sudah nak masuk pembayaran bulan 2 surat masih tak sampai
Mohd zool hilmi Mohd Nasir3 tahun ago
Mohon pencerahan Sya dh buat kemaskini bila tekan hantar no ic tiada dalam senarai kemaskini
Mohon pencerahan
Mohd Tahir Bin Maan3 tahun ago
Kemaskini akaun bank
Asraffahmi said3 tahun ago
Asalmmulikm…sy da mohon kwsp..tp sy trsilap masok kn no talipon…ada kah ia akn menggu proses kelulusan borg i lestari sy???
cashey3 tahun ago
Slamat pagi.. Tadi sy dah call pusat pengurusan tapi tiada respon. Lps tu try pula kemaskini maklumat pembayaran then tekan butang hantar dia kata no ic tiada dalam senarai. Blh bntu, mcm mna nak selesaikan?
KHAIRULNIZAm b ismail3 tahun ago
Pukimak mak punya kwsp col tak mau jwp anjing…..Babi…simpan duit orng skrng aku nak duit pun susah anjing
Suhaimi bin abdul manaf3 tahun ago
Kemaskini pengeluaran guna cek
SITI SUHANA LAYUT3 tahun ago
Saya ada kemaskini number account bank.
Bila saya tekan butang hantar..terus keluar
Number ic anda tidak ada dalam senarai
Kemas kini ….macam mana nak kemaskini
Account saya…minta tolong..
Shanthi perumal3 tahun ago
Saya tak dapat kemaskini no acc bank saya…bila cuba kemaskini dye tunjuk no kafpengenalan saya tidak ada dalam senarai kemaskini
Muhammad firdaus bin radzuan3 tahun ago
Asalammualaikum duit kwsp sy ada dalam 1900 tapi dapat satu kali saje 500 lpas tu xde kenapa ya
Muhammad adam bin abdul rahim3 tahun ago
mcm mne nak kemskini acc bank
Mohd rahizad bin rozaly3 tahun ago
Bagai mna hendak kemas kini..hendak isi no accaun bank
Mohd rahizad bin rozaly3 tahun ago
Masuk kan num accaun bank
Mohammad Raffaie Bin Muhammad Saiful Azmi3 tahun ago
duit i-lestari saya blom masuk sampai sekarang
Boniface3 tahun ago
Macamna nak cek nombor pos berdaftar atau nak tanya kat pejabat pos nanti.
Mohd Tajuddin Bin Man3 tahun ago
Msslhnye operator berkenaan pertanyaan ilestari x pernah jwb fon..berpuluh kali col..mkn gaji buta ja
Mohd Hamidi Mohd Amin3 tahun ago
Saya pon mengalami masalah yg sama mcm tuan2 sekalian..dah follow step mcm yg di suruh..tp stuck dekat no ic..dia bgth no ic tidak di kemaskini padahal no acc yg kita masukkan milik kita.Call operator kwsp pon sudah, dia bgth klu nk kemaskini sila pergi kat website saje.Kalau mcm ni la masalah, better pergi pejabat kwsp terdekat utk reset kita balik no acc bank kite.leceh sgt secara online.
Ridzak bin mukadis3 tahun ago
Aku masih hidip la…apa benda ni
Eddyenna2 tahun ago
Potogan sdh dibuat …tapi x msuk dlm bank…
Eaimirra2 tahun ago
Salam..pertanyaan suami sya ad menerima cek i-lestari tetapi suami sya telah kehilangan ic nya bru2 ini.untuk membuat ic bru perlu membuat temu janji di jpn dan 29/10/20 ini bru buat.jdi boleh ke cek itu di uruskan tanpa ic. 2-boleh ke membuka akaun bank yg bru mengunakn cek itu atau perlu memgunakn wang cash?sekian tq
KALIYANE A/P PALIVELU2 tahun ago
Cek bulan 9 belum sampai lagi Bila boleh sampai
muhammad zairi syamri bin othman2 tahun ago
cek juru bank sy yg bulan 8 blom dapat lagi.bleh x chek juru bank sy yg bulan 8 tu.terus je masuk ecaun bank sy.rhb 16262500027071
Norhaizan bin ahmad yusof2 tahun ago
dh buat kemaskini.no ic tiada dalam kemaskini.
Nurul amira2 tahun ago
assakammualaikum..saya nak tanye,macam mana erkkk,nak tunai kan cek kwsp dah lebih dari 3 bulan,sebab saya terlupa nak cash kan
Shahril2 tahun ago
Tarikh saya dpt cek jurubank pd 8 ayau 9 hb stiap bln..tp 6hb aritu korentin kt kwspp jb samppai 21hb 12,,21 hb sy dtg kwsp,tp dia kata cek blm ada,sy semak kt i akaun,,cek da keluar 8hb12…jd sampai skrg tiada keputusan,,nk pergi jauh sgt,tp bila tel selalu sibukk dan yk dilayan….mcmana ni?
Primmar2 tahun ago
Sya punya ilestri dh dpt cek dr tahun lepas bulan 10 smpai skrg pun tak dpt2 cash..dah prgi bank nak tunaikan tp dr pihak bank sruh prgi mna2 cwangan kwsp suruh dia org buat surat untuk dpt kan buat akaun bnk..tpi kwsp pulak ckap tngu dia org kol.. Tak jga kol smpai skrg..Sya kol pun takde respon.. bagi yg tak bkerja payah nak bukak akaun bnk skrg.. Nie isinar pun sma jga.. Mohon jer lulus.. Jwpn pun sma jga.
ROSSAM HARI BIN DARUS SAMIN2 tahun ago
Harap kerajaan dapat teruskan lagi i lestari ni selagi pkp ni ramai lagi masih terkesan dgn untuk kelangsungan hidup