CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM 2022 (Dalam & Luar Negara)

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM 2022 (Dalam & Luar Negara)

BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

Kepada penduduk dan pemastautin yang menetap di dinegeri Terangganu, anda boleh membuat permohonan Bantuan Awal IPT MAIDAM bagi pengajian dalam dan luar Negara. Bagaimana cara untuk membuat permohonan dan syarat permohonan? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan peruntukan zakat kepada rakyat Terengganu yang menetap atau pemastautin tetap di negeri ini untuk memohon bantuan awal pengajian IPT dalam dan luar negara.

Bantuan ini disediakan kepada mereka yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

 

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

Tempoh permohonan bantuan ini mulai dibuka pada 1 Ogos 2022

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

Berikut adalah merupakan syarat permohonan bantuan ini:

  1. Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  3. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah dan miskin.
  5. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  6. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  7. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.
  8. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  9. Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  10. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  11. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan:

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  3. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
  5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  6. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  8. Slip permohonan.

NOTA: Bagi slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan bantuan awal IPT dalam dan luar Negara:

  1. Layari portal system i-Zakat YPM: http://218.208.50.162/IPTONLINE/
  2. Bagi permohonan kali pertama, klik pada Daftar Pengguna
  3. Lengkapkan butiran berikut:
    • No My Kad
    • Nama Penuh
    • E-Mel- Emel yang didaftarkan mestilah aktif
    • No Telefon Peribadi
    • No Telefon Rumah
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
  4. Setelah lengkap klik pada Simpan, kemudian Log Masuk kembali untuk membuat permohonan
  5. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
  6. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

NOTA: Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan awal IPT MAIDAM, anda boleh layari web rasmi MAIDAM di pautan http://www.maidam.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN 

LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2022:PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Tags: #APA ITU BANTUAN AWAL IPT MAIDAM #CARA MOHON BANTUAN ZAKAT MAIDAN 2020 #CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM #CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM 2022 (Dalam & Luar Negara) #CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM 2022(Dalam & Luar Negara) #CARA TUNAI ZAKAT FITRAH MAIDAN SECARA ONLINE #DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM #INSENTIF MAIDAM SEPANJANG TEMPOH PKP COVID-19 #KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH MENGGUNAKAN APLIKASI SNAP n PAY #maklumat lanjut mengenai bantuan awal IPT MAIDAM #SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MAIDAN 2020 #SENARAI BANTUAN ZAKAT MAIDAN 2020 #SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM #TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT MAIDAM 2022 (Dalam & Luar Negara)"