BANTUAN IPT MAIWP:BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT/ BANTUAN PERSEDIAAN IPT

BANTUAN IPT MAIWP:BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT/ BANTUAN PERSEDIAAN IPT

BANTUAN IPT MAIWPBORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT BANTUAN PERSEDIAAN IPT

 

Kepada pelajar IPT,anda berpeluang untuk membuat permohonan Bantuan IPT MAIWP untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

APA ITU BANTUAN IPT MAIWP?

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon pelbagai Skim Bantuan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Baca tentang BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIWP

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus untuk memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini.

Berikut adalah Syarat Umum:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah rujuk MAIWP

Berikut adalah Syarat Khusus

  • Pengajian Sepenuh Masa / Separuh Masa
  • Peringkat pengajian Sijil sehingga PhD
  • Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)
  • Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
  • Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
  • Bagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahan

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIWP

Borang permohonan dan senarai semak borang bantuan sila rujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan, berikut adalah dokumen yang diperlukan:

1-Borang permohonan

2-Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)

3-Satu salinan kad pengenalan:

  • Pemohon
  • Suami
  • Isteri
  • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama             akuan sumpah penjagaan.

[ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]

4-Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]

  • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung

5-Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini

6-Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

7-Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL

8-Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)

9-Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)

10Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

11-Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

 

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIWP

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP

Sila rujuk senarai kaunter Pusat Agihan Zakat MAIWP

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

 

2 thoughts on “BANTUAN IPT MAIWP:BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT/ BANTUAN PERSEDIAAN IPT”

Leave a Comment