PERMOHONAN BANTUAN KEMASUKAN IPT ANAK VETERAN ATM

PERMOHONAN BANTUAN KEMASUKAN IPT ANAK VETERAN ATM

BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Kepada anak-anak veteran ATM yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) atau IPTS, anda boleh membuat permohonan iaitu Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM). Bagaimana cara untuk membuat permohonan?  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Bantuan Kemasukan IPT diwujudkan oleh JHEV ATM untuk meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke UA atau IPTS bagi anak-anak Vateran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ini iaitu:

  1. Mestilan Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  2. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  3. Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
    • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran/kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
    • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja.
    • Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
    • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
    • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara tidak layak dipertimbangkan.
    • Semua kursus pengajian professional tidak layak dipertimbangkan.
    • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah tidak layak.
  4. Institusi Pengajian Tinggi ini merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai dipautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada  perubahan dari masa ke semasa.

 

KADAR BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:

  • RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.
  • RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pejabat JHEV Cawangan adalah seperti berikut:

  1. Buku perkhidmatan.
  2. Sijil kematian veteran/pasangan.
  3. Kad veteran.
  4. MyKad veteran/pasangan/anak.
  5. Sijil lahir/Sijil anak angkat.
  6. Sijil nikah.
  7. Buku akaun bank.
  8. Tawaran kemasukan ke IPT dan resit pembayaran.
  9. Akaun pemohon.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Berikut adalah cara  untuk memohon:

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut : Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEVBK2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
  • Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN IPT ANAK VETERAN ATM

Baca tentang SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan IPT anak Vateran ATM sila layari portal rasmi JHEV atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment