BILA GKP 4.0 FASA 2 AKAN DIBAYAR?(Ini Tarikh Pembayaran Duit Masuk)

BILA GKP 4.0 FASA 2 AKAN DIBAYAR?(Ini Tarikh Pembayaran Duit Masuk)

 

BILA GKP 4.0 FASA 2 AKAN DIBAYAR?(Ini Tarikh Pembayaran Duit Masuk)

Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu GKP 4.0 bila masuk? Asyik bertanya bila GKP 4.0 akan dibayar? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Cuma perlu semakan GKP 4.0 samada lulus atau tidak terlebih dahulu.

BILA GKP 4.0 FASA 2 AKAN DIBAYAR?

Maklumat ini adalah berdasarkan pengumuman PM mengenai Geran Khas Prihatin 4.0 yang dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pembayaran duit bantuan bagi GKP 4.0 ini dalam dua fasa  iaitu dijangka pada tarikh berikut:

  • Bayaran pertama sebanyak RM500, akan dibayar pada 21 September 2021
  • Bayaran kedua sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan November 2021

CARA PEMBAYARAN GKP 4.0

Sama seperti kaedah bayaran GKP 3.0, pembayaran GKP 4.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa permohonan GKP 3.0.

Perlu diingat, seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim atau FAQ LHDN, akaun bank yang dinyatakan tadi adalah akaun bank persendirian, bukan akaun syarikat.

Antara syarat lain, akaun anda mestilah masih lagi aktif. Sila buat semakan status GKP 4.0 samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Jangan sembang tentang bila GKP4.0 akan dibayar kalau dapat Gagal Kredit. Lebih panjang prosesnya.

Jika Berjaya Kredit, ini bermakna duit bantuan Geran Khas Prihatin sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

BERAPA JUMLAH DUIT GKP 4.0 YANG BAKAL DAPAT?

Seperti sedia maklum, GKP 4.0 ini adalah bantuan yang akan dterima dua fasa. Bayaran akan dibuat oleh  kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang layak.

Jumlah bantuan ini adalah RM1,000 sahaja.

SOALAN LAZIM 

Bila boleh mohon GKP 4.0?

Masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Namun, dijangkan permohonan GKP 4.0 akan dibuka sekitar bulan Julai 2021.

Siapa yang layak untuk membuat  permohonan GKP 4.0?

Sebelum ini, ada beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu memohon GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Untuk GKP 4.0, masih belum ada senarai kelayakan lagi.

Berdasarkan maklumat awal  GKP 4.0 hanyalah untuk pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0

macam mana cara nak kemaskini no akaun GKP ?

2 thoughts on “BILA GKP 4.0 FASA 2 AKAN DIBAYAR?(Ini Tarikh Pembayaran Duit Masuk)”

Leave a Comment