NOMBOR IDENTITI KORPORAT MALAYSIA MyCOID

NOMBOR IDENTITI KORPORAT MALAYSIA MyCOID

NOMBOR IDENTITI KORPORAT MALAYSIA MyCOID

Sekarang ini, salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID menjadi dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah/ Wage Subsidy.

APAKAH MyCoID?

Nombor Identiti Korporat Malaysia atau nama ringkas MyCoID merujuk kepada nombor  pemerbadanan syarikat yang digunakan sebagai satu nombor rujukan tunggal untuk pelbagai urusan pendaftaran dan transaksi dengan agensi Kerajaan yang berkenaan.

Dengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakn satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan  pendaftaran,rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan
  • Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan  secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

SSM Aktifkan Kembali Perkhidmatan Atas Talian MYCOID

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaktifkan semula portal MyCoID, iaitu portal bagi urusan berkaitan entiti syarikat melalui capaian https://mycoid2016.ssm.com.my/ bermula hari ini, 2 April 2020 yang beroperasi 24 jam sehari.

Transaksi yang boleh dilakukan melalui portal MyCoID ini melibatkan modul-modul pendaftaran pengguna, carian dan permohonan nama, pemerbadanan syarikat (INC), pelantikan setiausaha pertama (AFC),  serah simpan perlembagaan (LoC), perubahan alamat berdaftar (CRA), perubahan maklumat pegawai (CPO), return of allotment of shares (RoA) pendaftaran anggota (RoM) dan Reassignment of Company Secretary (RAC).

Walaupun modul pendaftaran pengguna diaktifkan, pengguna baharu hanya boleh membuat pengaktifan setelah kaunter fizikal SSM kembali beroperasi bagi membolehkan verifikasi identiti dilakukan.

Selain MyCoID, perkhidmatan-perkhidmatan atas talian SSM yang lain telah mula diaktifkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2020 lalu seperti portal pembekalan maklumat korporat SSM melalui capaian www.ssm-einfo.my (SSM e-Info) dan www.mydata-ssm.com.my (MyData-SSM) serta portal EzBiz Online melalui pautan www.ezbiz.ssm.com.my yang juga beroperasi 24 jam sehari.

SSM melaksanakan tindakan ini dengan penuh rasa tanggungjawab bagi mengekang wabak Covid-19 dalam kalangan semua warga kerja SSM, penyedia perkhidmatan dan lain-lain pekerja yang terlibat di dalam ekosistem sedia ada terutamanya yang berkaitan dengan transaksi yang perlu dilakukan dengan SSM. Tindakan ini juga selaras dengan arahan kerajaan agar semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Walau bagaimanapun, disebabkan jumlah warga kerja SSM serta mobiliti rakan kongsi adalah terhad dalam mematuhi PKP, perkhidmatan atas talian akan diaktifkan secara berperingkat. Status bagi lain-lain perkhidmatan atas talian SSM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SSM akan memantau perkembangan terkini arahan-arahan kerajaan dalam mengawal wabak Covid-19 dan akan memaklumkan kepada para pelanggan secara berperingkat berkenaan keputusan yang membabitkan urusan mereka bersama SSM.

Selain itu, kaunter perkhidmatan fizikal SSM di seluruh negara akan terus ditutup sementara sehingga tempoh PKP berakhir. Perkhidmatan SSM akan beroperasi sepenuhnya selepas PKP berakhir dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan kerajaan.

1 thought on “NOMBOR IDENTITI KORPORAT MALAYSIA MyCOID”

Leave a Comment