Isi Kandungan
BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.
Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19
SENARAI TIDAK LAYAK MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19
Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
- Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.
Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Baca tentang CARA TUNTUTAN MySALAM COVID-19: PESAKIT/DIKUARANTIN KKM & KEDIAMAN SENDIRI
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA
Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:
MUAT TURUN BORANG BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
- Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.
HANTAR PERMOHONAN SECARA MANUAL (POS)
Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN)
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
DOKUMEN SOKONGAN KKM BAGI DI BAWAH PERINTAN PENGAWASAN/PEMERHATIAN
Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
- Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19
Tarikh tutup bantuan khas ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19
Untuk membuat semakan permohonan,layari portal SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID 19
Pemohon boleh buat semakan permohonan dengan masukan nombor kad pengenalan diri dan tekan butang HANTAR.Status permohonan anda akan dipaparkan.
SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS COVID-19
Siapa Yang Layak Memohon?
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan pendapatan sepanjang PKP.
Berapakah Kadar Bantuan Khas COVID-19 NADMA?
RM100 sehari sepanjang tempoh PKP.
Bagaimanakah Untuk Memohon Bantuan NADMA?
Layari portal nasmi nadma.gov.my untuk download borang permohonan online.
Dokumen Diperlukan?
Antaranya borang permohonan, salinan kad pengenalan, borang akuan kehilangan pendapatan dan salinan penyata bank.
Bagaimanakah Pembayaran Akan Dibuat?
Pembayaran akan dibuat secara one-off melalui Electronic Fund Transfer dalam tempoh 30 hari bekerja kepada yang layak.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800 atau e-mel di [email protected].
Saniah binti Ismail
Permohonan Bantuan kahs covid 19..rm100 sehari..
Mau Tanya status permohonan NADMA yg sia dah kirim melalui ABX 23hb Nov 2020.
Permohonan masih dalam proses itu jawapan yang diberi..permohonan saya sudah hampir sebulan lebih
Apakah status bantuan nadma cov19 saya.
Macamma nak tahu samada lulus ke tidak. Saya semak status..(semakan ini hanya utk status yg lulus shj) apa Maksudnya.
Semak status kelayakan permohonan bantuan khas covid 19
Semak status kelyakan permohonan bamtuan khas covid 19
Sy dh lama mohon. kawan yg kena kruntin sekali dgn sy dh dpt bantuan sy jer yg blm dpt pelik la pedahal sy dah cukup syarat
Assalamualaikum tuan / puan …saya dh hantar permohonan bantuan khas covid 19 rm100 sebanyak 2 kali semua document lengkap saya pos kn ..bulan 10 sekali bulan 1 sekali …kawan saya buat permohonan bulan 10 sama dengan saya dah dapat …saya kena kuarantin PKPD di rumah selama 22 hari tahun lepas…putus pendapatan .kenape ye sampai sekarang saya tidak masih tidak dapat lagi? Terima kasih
Macam mana nak tahu keputusan bantuan covic nadma..
Assalamualaikum mna Sya Sisanidah..Sya SDH hntr permohonan Sya msa 2 kli sejak Oktober dn Disember..yg Sya hairan Napa permohonan yg kmi hntr dan ahli keluarga yg dlm 1 anvelop d org SDH lulus Napa org spt kmi ibu tunggal ni hlng sumber prkjeaan dan sumber pendapatan x de lgi kelulusan..sdgkn ada 3 org tanggungn lgi yg masih bersekolah dan mempunyai seorg ank yg selalu sakit2..hrap permohon Sya dpt d pertimbang kn..dn mndpt kelulusan agar dpt meringankan beban yg tanggung ini..Dr Sya Sisanidah seorg ibu tunggal ada 3 org ank..
saya nk brtanya macam mna kita nk semak sama ada kita lulus atau tak
SAYA TELAH MENGHANTAR BIRANG PERMOHONAN KE NADMA TAHUN LEPAS LG, X DAPAT JAWAPAN SAMA ADA LULUS KE X. MOHON PENJELASAN
Status NADMA dlm proses,,yang kawan belakang online dpt status diluluskan,,saya dah hampir habis 2021..mcm mna lh cerita..dia tu
Permohonan saya mohon bulan 9 dah lulus bulan 10 lagi….tapi apa pon dapat lagi kawan saya mohon bulan 11 dah dapat dah duit kematian covid…hampeh….