PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PENGUSAHA PELANCONGAN 2022

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PENGUSAHA PELANCONGAN 2022

BANTUAN PENGUSAHA PELANCONGAN

Kepada agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), terkini Kerajaan MOTAC telah mengumumkan permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan di bawah Belanjawan 2022. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan bantuan ini, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN PENGUSAHA PELANCONGAN

Bantuan ini diwujudkan sebagai usaha berterusan kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.


SYARAT PERMOHONAN 

Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan:

  • Hanya syarikat perniagaan pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan (TOBTAB) dan Syarikat MM2H yang berlesen dengan MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Syarikat induk hendaklah mengemukakan permohonan baharu termasuk cawangan (jika berkenaan) secara serentak.
  • Bantuan kewangan ini hanya dibenarkan kepada 1 syarikat induk dan 2 lesen cawangan sahaja (jika berkenaan).
  • Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk memastikan maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah tepat dan benar.
  • Kementerian ini tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan dan maklumat tidak tepat yang dikemukakan oleh pihak syarikat yang boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.
  • Sebarang pemakluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MOTAC.
  • Bagi permohonan secara atas talian, akaun Google adalah diperlukan.

 

PENGUSAHA PELANCONGAN TERLIBAT

Berikut adalah merupakan antara pengusaha pelancongan yang terlibat untuk menerima bantuan ini:

  • Syarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
  • Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)
  • Pemandu pelancong
  • Pengusaha spa
  • Pusat urutan kaki (PUK)
  • Pengusaha homestay

 

TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan bantuan kewangan ini mulai dibuka  1 Mac sehingga 15 Mac 2022.

 

KADAR BANTUAN 

Berikut adalah merupakan kadar bantuan permohonan ini:

  • Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
  • Spa dan PUK: RM3,000.00
  • Pemandu pelancong: RM1,500
  • Pengusaha homestay: RM1,800

NOTA: Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut terlebih dahulu untuk dimuat naik semasa membuat permohonan online:

  1. Muat Turun Borang Bantuan Kewangan Tahun 2022
  2. Salinan Lesen Induk dan cawangan (jika berkaitan)
  3. Salinan Penyata Akaun Bank terkini Syarikat yang mempunyai nama Syarikat, no.akaun dan bertransaksi.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENGUSAHA PELANCONGAN

Kepada pengusaha pelancongan yang kelayakan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan: https://www.motac.gov.my/bantuantobtabmm2h/permohonan
  2. Pilih negeri lokasi pengusahaan anda berada
  3. Lengkapkan segara maklumat yang tertara pada borang permohonan
  4. Pastikan anda memuat naik dokumen yang diperlukan
  5. Setelah lengkap tick pada perakuan dan tekan submit.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini, anda boleh merujuk:

Leave a Comment