Cara Semakan Bantuan Tunai MYKAD 2024

Cara Semakan Bantuan Tunai MYKAD 2024

Bantuan Tunai MYKAD

 

Bantuan Tunai MYKAD 2024 juga dikenali sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah meluaskan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima Skim Tambahan Rakyat (STR) dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Mekanisme pengagihan bantuan tetap menggunakan MyKad sebagai cara pengenalanan penerima.

Menurut maklumat yang terdapat di laman web Kementerian Kewangan, bermula tahun 2024, semua penerima STR, tidak hanya terhad kepada kategori miskin tegar seperti pada tahun 2023, akan turut menerima SARA. Walau bagaimanapun, jumlah bantuan yang diterima akan berbeza mengikut kategori penerima.

Program subsidi terhad Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mengalami penambahbaikan oleh Kerajaan dan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)

Dua kategori baru telah diperkenalkan, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdapat dalam data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kategori SARA 2024Kadar Bantuan
STR MiskinRM1200
STR Miskin TegarRM1200
STR Isi RumahRM300
STR BujangRM150

 

Semakan Kelayakan Bantuan Tunai MYKAD

Untuk memudahkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2024 membuat semakan kelayakan, langkah-langkah berikut disediakan:

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus melalui laman web STR, dengan mengakses pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Soalan Lazim (FAQ) dan Semakan Status Kelayakan Bantuan Tunai MYKAD

Soalan lazim (FAQ) serta semakan status kelayakan SARA boleh disemak mulai 4:00 petang pada 19 Januari 2024 di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Informasi lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA juga boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my bermula 22 Januari 2024.

 

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2024)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2024 dijangka akan mula disalurkan bermula bulan Januari hingga Disember 2024 dengan kadar RM100 sebulan. Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang mempunyai status Miskin Tegar di bawah eKasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Lain

SUMBANGAN ASAS RAHMAH(Bantuan SARA RM100 Sebulan)

Leave a Comment