SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) PERMOHONAN SEMAKAN TARIKH BAYARAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) PERMOHONAN SEMAKAN TARIKH BAYARAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Seperti yang sedia maklum terdapat beberapa penambahbaikan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan penambahan program bantuan yang memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Disini kami akan kongsikan mengenai kelayakan dan kadar bantuan SARA, semoga membantu.

 

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.

 

KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 

Program bantuan SARA dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar ini terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023

 

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar

 

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.

 

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR tambahan RM600 (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu:

  • SARA 1 (Julai 2023): RM100
  • SARA 2 (Ogos 2023): RM100
  • SARA 3 (September 2023): RM100
  • SARA 4 (Oktober 2023): RM100
  • SARA 5 (November 2023): RM100
  • SARA 6 (Disember 2023): RM100

Nota: Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diagihkan mulai 17 Julai 2023

 

JUMLAH KESELURAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh golongan miskin tegar iaitu:

Kategori PenerimaPendapatanBil. AnakSARA 1
(RM)
SARA 2
(RM)
SARA 3
(RM)
SARA 4
(RM)
SARA 5
(RM)
SARA 6
(RM)
Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023
(RM)
Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023
(RM)
Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin Tegar RM1,16901001001001001001006001,600
1-21001001001001001006002,100
3-41001001001001001006002,600
≥ 51001001001001001006003,100

 

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN e-KASIH

Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih. untuk membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan e-Kasih
  2. Masukkan no kad pengenalan anda klik pada Klik Untuk Carian
  3. Paparan status rekod anda akan terpapar jika tersenarai dalam penerima bantuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai  Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah

ARTIKEL BERKAITAN:

3 thoughts on “SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) PERMOHONAN SEMAKAN TARIKH BAYARAN”

Leave a Comment