Isi Kandungan
BSNSECURE (Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk aktifkan BSNSecure, semoga membantu
APA ITU BSNSECURE
BSNSecure merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac yang kadang–kala mengambil masa yang agak lama dan menyebabkan pelanggan perlu membuat permintaan semula tac bagi meneruskan transaksi di MyBSN. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC
TARIKH KUATKUASA BSNSECURE
BSN memperkenalkan BSNSecure bagi mengantikan kod TAC berkuatkuasa pada (akan dikemaskini kemudian)
CARA DAFTAR MyBSN
Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda membuat pendaftaran terlebih dahulu, berikut adalah merupakan caranya.:
- Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda untuk akaun BSN anda.
- Layari pautan MyBSN
- Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
- Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan.
- Selesai mendaftar, anda boleh melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.
- Untuk melakukan transaksi perbankan seterusnya di dalam Perbankan Internet, pengesahan diri buat kali pertama haruslah dilakukan.
CARA LOGIN MyBSN
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login MyBSN:
- Layari pautan MyBSN
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Login.
- Sahkan SECURE PHRASE anda
- Masukkan PASSWORD
- Masukkan CAPTCHA yang tertera dengan betul, Kemudian tekan LOGIN.
- Jika semuanya berjalan lancar, login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun BSN anda
CARA AKTIFKAN BSNSECURE
Untuk dapat mengaktifkan fungsi ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MyBSN
- Pada menu utama klik pada BSNSecure. Baca maklumat yang diterangkan tentang mengenai fungsi ini, klik Next
- Maklumat tambahan tentang secure verification dan secure TAC, klik REGISTER.
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD MyBSN anda.
- Sila confirm nombor telefon yang digunakan untuk OTP/TAC
- Masukkan no OTP/TAC yang diterima
- Sila isi butiran NO KAD PENGENALAN Anda, klik Submit
- Anda akan melihat maklumat (You have successfully registered for BSNSecure), klik
- Selesai
SOALAN LAZIM (FAQ) BSNSECURE
Apakah perbezaan antara Secure Verification, Secure TAC & SMS TAC?
- Secure Verification dan Secure TAC adalah dua kaedah kebenaran menggunakan iSecure, yang boleh digunakan melalui aplikasi iRakyat Mobile Banking anda. Sementara itu, SMS TAC adalah kebenaran kaedah yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS menggunakan pembawa telco anda.
Saya telah mendaftarkan telefon bimbit saya untuk BSNSSecure. Bolehkah saya melakukan transaksi tanpa sambungan internet atau sambungan perlahan?
- Sebaiknya anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil untuk menyetujui penggunaan transaksi Pengesahan Selamat.
Adakah saya perlu menggunakan BSNSecure untuk transaksi yang telah saya simpan sebagai ‘Favorites’?
- Tidak, Secure2u tidak diperlukan untuk transaksi yang telah anda simpan sebagai ‘Favorites’. Anda boleh menyimpan urus niaga yang kerap anda buat dengan mudah sebagai ‘Favorite’ agar cepat dan lancar urus niaga seterusnya.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
- 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
- [email protected]
ARTIKEL BERKAITAN:
nak tukar untuk buat online banking