Isi Kandungan
CARA DAFTAR BHP PETROL CARD (eCard Point Check Redeem & Expired)
Terkini pihak BHP telah memperkenalkan aplikasi BHPetrol eCard bagi memudahkan pelanggannya untuk mengetahu promosi terkini dan menyemak mata ganjaran. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftar terlebih dahulu dan pautkan kad BHP Petrol Card anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BHPETROL eCARD
Aplikasi ini membolehkan anda memperoleh & menebus mata kesetiaan di stesen BHPetrol & rakan eCard. Ia dapat membantu anda mencari stesen BHPetrol terdekat dan perkhidmatan yang tersedia, lihat tawaran dan promosi BHPetrol terbaru.
KELEBIHAN BHPETROL eCARD
Berikut adlaah merupakan ciri-ciri aplikasi ini:
- Daftar untuk menjadi ahli eCard serta-merta
- Penukaran eCard fizikal sedia ada ke aplikasi mudah alih dengan serta-merta
- Dapatkan mata kesetiaan dalaman dan di Terminal Pembayaran Luaran
- Penggunaan Apl untuk melihat dan menebus item
- Lihat sejarah transaksi kesetiaan anda
- Cari stesen BHPetrol terdekat dan perkhidmatan yang ada
- Bimbing anda ke stesen yang dipilih melalui GPS
- Akses kepada tawaran & promosi BHPetrol terkini
MUAT TURUN APLIKASI BHPETROL eCARD
Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat semakan ganjaran, anda boleh memuat turun aplikasi BHPetrol eCard pada pautan di bawah:
- Google Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA AKTIFKAN KAD BHP PETROL
Pastikan anda dapatkan terlebih dahulu kad fizikal BHP ini di mana-mana stesen minya petron yang anda kunjungi. Berikut adalah merupakan cara aktifkan iaitu:
- Daftar Melalui SMS
- SMS butiran anda dalam format di bawah dan hantar ke 62033
- BHPLY<jarak>16-digit nombor kad<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Telefon<jarak>Nama seperti di Kad Pengenalan Daftar Secara Online
- Secara Online
- Layari pautan https://ecard.bhpetrol.com.my/registration
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- No Kad BHP Petrol
- No Kad Pengenalan
- Nama Penuh
- E-mel
- No Telefon
- Setelah lengkap klik Submit
CARA DAFTAR APLIKASI BHPETROL eCARD DAN PAUTAN BHP PETROL CARD
Setelah anda install aplikasi ini, berikut adalah merupakan cara daftar bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Buka aplikasi BHPetrol eCard di telefon anda
- Klik pada Sign Up
- Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
- No Kad Pengenalan
- Alamat Email
- No telefon
- No Kad BHP Petrol
- Kata Laluan
- Setelah lengkap tick pada terma dan syarat dan klik continue
- Anda akan meneri kod OTP secara SMS, masukkan kod OTP tersebut dan klik submit
- Pendaftaran anda telah berjaya dan boleh mengumpul ePoints dengan klik pada Start Earning ePoints Now
- Anda akan dapat melihat jumlah mate ePoints terkumpul.
- Anda kini boleh gunakan aplikasi BHPetrol eCard anda dimana-mana stesen minyak BHP Petrol tanpa kad fizikal lagi
Nota: Setelah anda mendaftar aplikasi, kad fizikal anda akan terbatal serta merta dan mata terkumpul ePoints beralih kepada akaun aplikasi eCard
MAKLUMAT LANJUT BHP PETROL CARD
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenao Kad BHP Petrol, anda boleh merujuk saluran berikut:
- Website BHP Petrol: https://www.bhpetrol.com.my/
- Hubungi khidmat pelanggan: 03-7719 9499
- e-Mel: [email protected]
ARTIKEL BERKAITAN:
- CARA DAFTAR APP PETRON & PAUTKAN KAD PETRON MILES
- CARA DAFTAR GUNA CALTEXGO (Bayar & Isi Minyak Guna Telefon)
- SENARAI TALIAN HOTLINE SYARIKAT INSURANS MALAYSIA (Number Telefon)
Bagaimana cara utk tukar nombor mobile fone jika telah bertukar ke nombor baru ?
saya adalah ahli ecard bph, masalah saya tidak dapat masuk dalam online, katalauan dah lupa dan email lama dah tak pakai bolih tukarkan email baru saya?