KURSUS PSV ONLINE(Permohonan Lesen e Hailing Harga & Contoh Soalan Ujian)

KURSUS PSV ONLINE(Permohonan Lesen e Hailing Harga & Contoh Soalan Ujian)

KURSUS PSV

Adakan anda seorang pemandu grab ataupun pemandu daripada syarikat E-Hailing yang lain? Sudah semestinya anda mengambil ujian PSV untuk melayakkan anda menjadi seorang pemandu E-hailing.  Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan Kursus PSV online, semoga membantu.

 

APA ITU KURSUS PSV

Public Service Vehicle (PSV) atau Perkhidmatan Kenderaan Awam merupakan esen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi atau e-hailing. Lesen ini wajib di ambil jika anda ingin mengambil penumpang.

 

SYARAT AMBIL KURSUS PSV

Sebelum anda mendaftar , anda perlu mengetahui syaratnya. Syarat ini amat penting sebelum anda daftar ujian PSV JPJ. Anda mesti bebas dari semua penyakit ini. Perkara ini amat penting sebab anda bekerja sebagai pemandu dan semestinya perlulah sihat tubuh badan.

 

SENARAI PENYAKIT TIDAK LAYAK KURSUS PSV

Senarai Penyakit dan sebab tak layak mohon PSV :

  • Katarak, penglihatan monokular atau sebarang penyakit yang menjejaskan penglihatan
  • Sebarang jenis sawan atau kekejangan
  • Sakit kepala yang berat atau ‘migraine’
  • Kencing manis dan memerlukan rawatan insulin
  • Penyakit mental
  • Kecacatan fizikal termasuk pergerakan sendi yang terhad, ketidakupayaan anggota atau pemotongan (amputasi) anggota badan
  • Pekak
  • Penyakit buah pinggang yang kronik
  • Strok (dengan kecacatan ‘residual’)
  • Kecacatan dalam penglihatan warna
  • Penyalahgunaan arak dalam tempoh 5 tahun lalu
  • Penyalahgunaan dadah dalam tempoh 5 tahun lalu

 

KADAR HARGA KURSUS PSV

Berikut adalah merupakan kos harga bagi mengambil lesen PSV iaitu:

  • Latihan di Institut Memandu (Teori 6 Jam): RM190
  • Pengujian JPJ: RM10

Terdapat juga kos tambahan yang akan dikenakan seperti:

  • Medical Check Up: RM50 – RM80 (bergantung kepada klinik)
  • Proses kad PSV di JPJ: RM20 – RM50

 

PERMOHONAN KURSUS PSV ONLINE (Institut Memandu)

Berikut adalah merupakan cara untuk memohon lesen PSV iaitu:

  1. Borang Medical Permohonan Lesen Psv
    • Download dan cetak Borang Pemeriksaan Medical JPJL8A
    • Lengkapkan Borang Pemeriksaan Medical di atas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik swasta yang berdekatan.
  2. Pemeriksaan Kesihatan Di Klinik
    • Bawa Borang (JPJL8A) yang ke klinik berdekatan anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan anda untuk memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik dan layak untuk mengambil Lesen PSV.
  3. Daftar Kursus Memandu Di Institut Memandu
    • Selesai dan lulus pemeriksaan kesihatan bawa borang tersebut ke institut memandu yang terpilih untuk proses pendaftaran Kelas PSV 6 jam.
    • Semak senarai Institut Memandu di sekitar Malaysia yang menawarkan Kursus PSV: https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/senarai-institut-memandu
    • Anda boleh buat hubungi institut memandu dan semak harga dan jadual kelas yang ada. Harga maksimum yang ditetapkan oleh JPJ adalah RM200.
  4. Kursus 6 Jam Psv
    • Selepas pendaftaran kursus di Institut Memandu, anda akan diberikan tarikh untuk menjalani Kursus PSV 6-Jam anda di tempat tersebut.
    • Kursus akan bermula 9am- 4pm. PASTIKAN anda hadir 30 minit lebih awal untuk check-in di institut memandu. Pegawai JPJ adalah tegas dan tidak akan menerima pelajar yang masuk lewat walaupun hanya 3-5 minit.
  5. Ujian PSV

 

CARA SEMAK KEPUTUSAN UJIAN PSV

Anda boleh membuat semakan keputusan ujian PSV anda melalui pautan berikut:

 

CARA BUAT KAD PSV DI JPJ

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat kad PSV di JPJ iaitu:

  1. Pastikan semua dokumen anda lengkap semasa mengambil dokumen untuk pendaftaran KAD PSV di JPJ:
    • Gambar saiz lesen & latar belakang putih
    • Borang medical (JPJL8a)
    • Resit bayaran medical checkup
    • Resit bayaran institut memandu
    • Slip keputusan peperiksaan
    • Kad pengenalan
  2. Hadir ke cawangan JPJ berdekatan dengan anda. Untuk makluman, Kad PSV hanya boleh dibuat di CAWANGAN JPJ. Bukan Kiosk/Pusat UTC.

 

CONTOH SOALAN UJIAN PSV

Berikut adalah merupakan contoh soalan ujian PSV iaitu:

  1. Merujuk kepada teori 4 kuadron perniagaan, apakah kategori pekerjaan bagi individu yang bekerja untuk pekerjaan?
    • Majikan (Employer)
    • Bekerja sendiri (Self-employed)
    • Pemilik Syarikat (Busines Owner)
    • Pelabur (Investor)
  2. Aset merupakan alat yang membantu untuk menjana pendapatan. Contoh aset bagi seorang pemandu ialah __________
    • Rumah
    • Telefon pintar
    • Insurans
    • Bahan api
  3. Pengurusan kewangan yang baik adalah merujuk kepada ______________
    • Aset sama dengan liabiliti
    • Aset kurang daripada liabiliti
    • Aset melebihi daripada liability
    • Tiada liabiliti sama sekali
  4. Ravi mempunya rekod kewangan yang menunjukkan jumlah perbelanjaan lebih tinggi daripada jumlah pendapatan, sarankan tindakan yang sesuai bagi meningkatkan pendapatan En. Ravi?
    • Naikkan tambang sehingga 10%
    • Melalui jalan yang jauh bagi meningkatkan tambang
    • Mengambil penumpang melebihi had yang ditetapkan
    • Menambah kekerapan perjalanan jaraj jauh seperti KLIA atau
  5. Apakah sistem teknologi terkini yang digunakan dalam industri teksi?
    • Sistem kupon
    • Sistem tanpa bayaran tunai
    • Sistem aplikasi dan navigasi
    • Sistem memilih penumpang
  6. Berikan definasi “e-hailing”?
    • Proses menempah kenderaan atau sebarang bentuk pengangkutan melalui aplikasi mudah ahli
    • Proses pembaharuan permit teksi melalui komputer atau telefon pintar
    • Proses pemeriksaan berkala oleh PUSPAKOM
    • Proses pembayaran daripada penumpang kepada pemandu teksi
  7. Apakah definasi sistem navigasi GPS?
    • Proses menempah kenderaan atau sebarang bentuk pengangkutan
    • Menentukan kedudukan satu atau lebih alat penerima di bumi yang menerima dan mengenalisis hantaran satelit bagi menentukan lokasi penghantarnya
    • Membantu pengguna menyemak dan mengesahkan stgatus pemandu sebelum memulakan perjalanan
    • Perisian aplikasi yang direka di telefon pintar
  8. Salah satu kelebihan menggunakan navigasi GPS ialah ______________.
    • Panduan memilih laluan yang cepat dan dekat
    • Panduan memilih laluan yang lebih baik
    • Panduan memilih penumpang yang popular
    • Panduan memilih laluan yang popular
  9. Berikan cara memilih laluan yang baik:
    • Melalui papan tanda jalan
    • Melalui pengalaman sendiri
    • Melalui pengalaman pemandu teksi lain
    • Melalui pengalaman pusat panggilan teksi
  10. Pilih cara memilih laluan yang SALAH:
    • Pilihan penumpang
    • Pusat maklumat pelancong
    • Pengalaman sendiri
    • Aplikasi telefon pintar

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment