Isi Kandungan
STR TAMBAHAN (Semak Kelayakan Tarikh & Kadar Bantuan)
Seperti yang sedia maklum terdapat beberapa penambahbaikan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan menerusi Belanjawan Madani 2023. Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, tiga anak atau lima anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar. Disini kami akan kongsikan mengenai kelayakan dan kadar bantuan tambahan STR, semoga membantu.
APA ITU STR TAMBAHAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. STR Tambahan adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.
KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Kadar tambahan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN
Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar
KAEDAH BAYARAN STR TAMBAHAN
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.
TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN
Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR tambahan RM600 (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu:
- Julai 2023*
- Ogos 2023*
- September 2023*
- Oktober 2023*
- November 2023*
- Disember 2023*
Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR
Permohonan baharu boleh dibuat pada:
- iSecara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
- Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
KELAYAKAN PERMOHONAN BARU STR
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
CARA PERMOHONAN BARU STR
Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Permohonan Melalui Borang
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Atau Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR
- Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai STR Tambahan, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN
- PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
- LUPA PASSWORD BKM UNTUK CHECK STR (Cara Cari Semula Kata Kunci Di HP)
- MySTR: STR Login Masuk Kemaskini
- KEMASKINI STR 2023 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)
- PENGELUARAN STR DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)