PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)

BPKNS BIASISWA NEGERI SARAWAK

Kepada anak kelahiran Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA), Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa agar membuat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BPKNS

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak(BPKNS) ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan ketika di alam Universiti dan juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sarawak bagi menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk :

  • Yuran Pengajian
  • Elaun sara hidup
  • Elaun pengangkutan
  • Elaun buku, pakaian dan lain-lain.

 

SYARAT KELAYAKAN BPKNS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;
  2. Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;
  3. Terbuka kepada semua kursus pengajian kecuali Pendidikan dan Perubatan sahaja;
  4. Pelajar yang menerima tawaran BPKNS wajib membatalkan bantuan pendidikan yang lain.

 

KADAR PEMBIAYAAN BPKNS

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah berbeza mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

PERINGKAT PENGAJIANLOKASI PENGAJIANJUMLAH PER SEMESTER
DiplomaSarawakRM2,500.00
SabahRM2,750.00
Semenanjung MalaysiaRM2,850.00
IjazahSarawakRM3,500.00
SabahRM3,750.00
Semenanjung MalaysiaRM3,850.00

Nota: Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya

 

KADAR BAYARAN BALIK BPKNS

Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).

Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.

 

TEMPOH BAYARAN BALIK BPKNS

Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).

 

TARIKH PERMOHONAN BPKNS 2022/2023

  • Tarikh permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi sesi 2022/2023 mulai 26 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022

 

CARA PERMOHONAN BPKNS 

Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan menepati syarat yang ditetapkan, berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan https://escholarship.sarawak.gov.my
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan
  3. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
  4. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA
  5. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40

 

PANDUAN PERMOHONAN BPKNS

Permohonan BPKNS hanya boleh dibuat semasa tempoh permohonan dibuka. Tempoh permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu /Ahad/ Cuti Umum.

Bahagian 1: Kursus Pengajian

  • Isikan butiran kursus pengajian berikut seperti dalam surat tawaran pemohon
    • Nama Institusi;
    • Bidang Pengajian;
    • Kursus Pengajian.
    • Tarikh Kemasukan;
    • Tempoh Pengajian.
  • Klik teruskan sekiranya telah lengkap diisi. Simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Bahagian 2: Maklumat Peribadi

  • Maklumat peribadi dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID pemohon. Kemaskini butiran sekiranya terdapat maklumat yang masih belum lengkap.
  • Muat naik gambar profil pemohon. Gunakan gambar berukuran saiz passport.
  • Kemaskini status pemohon.
  • Pastikan maklumat perhubungan pemohon yang dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID adalah lengkap dan betul.
  • Semak semua maklumat dan pastikan semua medan bertanda * telah diisi dengan lengkap.
  • Klik teruskan untuk ke bahagian seterusnya atau simpan sebagai draf sekiranya pemohon belum meneruskan permohonan.

Bahagian 3: Butiran Akademik

  • Isi butiran akademik dengan sijil tertinggi atau terkini pemohon.
  • Pemohon Diploma
    • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf.
    • Pastikan pemohon mengisi minimum lapan (8) subjek iaitu lima (5) subjek teras berikut dan tiga (3) subjek lain yang terbaik:
      • Bahasa Malaysia;
      • Bahasa Inggeris;
      • Matematik;
      • Sejarah;
      • Pendidikan Islam/ Pengetahuan Moral.
    • Klik butang (+) untuk memasukkan mata pelajaran yang lain.
    • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester yang terkini.
    • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.
  • Pemohon Ijazah Sarjana Muda
    • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Diploma/ Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf.
    • Bagi pemohon lepasan STPM / STAM, sila isi minimum lima (5) subjek termasuk MUET dan Pengajian Am.
    • Bagi pemohon lepasan Diploma / Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf, sila isi Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK).
    • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester terkini.
    • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Bahagian 4: Butiran Ibu Bapa / Penjaga (Yang Membiayai Pengajian)

  • Isikan maklumat Ibu Bapa / Penjaga satu persatu.
  • Bagi pemohon yang berstatus anak ibu tunggal atau anak yatim, sila isikan maklumat Ibu atau bapa atau penjaga yang membiayai pengajian.
  • Maklumat nombor kad pengenalan hendaklah dimasukkan bersama sengkang (-).
  • Pilih “Tidak Berkenaan” bagi maklumat yang tidak berkaitan.
  • Lengkapkan semua medan yang bertanda *
  • Klik butang (+) untuk menambah butiran penjaga seterusnya (lebih daripada seorang).
  • Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan Bulanan
    • Sila isikan pendapatan kasar Ibu Bapa / Penjaga.
    • Sila pastikan perbelanjaan bulanan diisi dengan jumlah perbelanjaan/ pinjaman secara bulanan dan bukannya secara tahunan atau jumlah keseluruhan pinjaman.
    • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Bahagian 5: Butiran Adik-Beradik

  • Bahagian ini hanya diisi dengan maklumat adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga iaitu yang belum bersekolah / sedang bersekolah / Orang Kurang Upaya / belum bekerja.
  • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada seorang adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Bahagian 6: Butiran Lain 

  • Kegiatan Ko-Kurikulum
    • Sila isikan butiran kegiatan ko-kurikulum yang mempunyai pencapaian atau anugerah sahaja (Peringkat Sekolah/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan).
    • Isikan juga butiran keahlian/ jawatan bagi sebarang kegiatan persatuan atau pasukan berseragam sekiranya ada.
    • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada satu kegiatan
  • Butiran Penajaan Biasiswa/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan Lalu
    • Klik ya jika pemohon pernah menerima penajaan Biasiswa/ pinjaman/ bantuan kewangan sebelum ini.
    • Isikan dengan lengkap semua butiran yang bertanda *
    • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Bahagian 7: Ringkasan Permohonan 

  • Semak ringkasan permohonan yang telah diisi dan pastikan semua maklumat adalah benar, tepat dan betul.
  • Klik pada kotak perakuan, seterusnya hantar.
  • Permohonan yang telah dihantar tidak boleh diubah lagi. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan setelah permohonan dihantar, sila hubungi urus setia BPKNS sebelum tamat tempoh permohonan.
  • Notifikasi permohonan akan dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) dan ke alamat emel yang telah didaftarkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai BPKNS Biasiswa Negeri Sarawak, sila layari laman web rasmi BPKNS https://escholarship.sarawak.gov.my/escholarship/

 

ARTIKEL LAIN 

BKSS PENJAJA 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

1 thought on “PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)”

Leave a Comment