TALIAN HOTLINE STR (1800-88-2747) NOMBOR TELEFON (03-8882 4565/03-8882 4566)
Kepada pemohon STR yang ingin menghubungi pihak STR untuk bertanya soalan berkaitan permohonan dan semakan status, berikut adalah perkongsian tentang nombor telefon STR. Semoga membantu.
KENAPA PERLU HUBUNGI HOTLINE STR
Pihak STR sedia maklum bahawa pemohon yang keliru atau ingin mendapat kepastian daripada pihak STR tentang permohonan, memerlukan bantuan bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan status. Antara isu yang mungkin menimbulkan kekeliruan pemohon STR adalah seperti berikut:
- Ada ahli keliru sama ada situasi mereka perlu buat permohonan atau kemaskini STR
- Adakah boleh membuat permohonan secara manual
- Ada yang terlupa kata laluan BPR
- Ada juga yang terlupa nombor telefon yang mana didaftarkan dengan Sistem MySTR
- Ada yang membuat kesilapan semasa membuat permohonan STR
NOMBOR HOTLINE STR
Berikut adalah nombor hotline STR iaitu:
- 1800-88-2747
- 9:00 pagi sehingga 5 petang
NOMBOR TELEFON STR
Berikut adalah nombor telefon STR iaitu:
- (03-8882 4565/03-8882 4566)
- Pukul 8:00 pagi sehingga 5 petang (Isnin- Jumaat)
CARA HUBUNGI TALIAN HOTLINE STR
Berikut adalah tatacara untuk hubung iaitu:
- Pastikan anda mempunyai persoalan/pertayaan berkaitan STR sahaja.
- Sediakan soalan untuk ditanya lebih awal bagi memudahkan urusan anda
- Bercakap dengan sopan
- Bersabar untuk menunggu panggilan anda dijawab/dilayan
- Sediakan dokumen dan maklumat berkaitan BPR anda seperti (nama,nombor kad pengenalan,dokumen sokongan dan hal yang berkaitan)
nak ketahui cara kemaskini STR? Sila rujuk KEMASKINI STR 2023 ONLINE
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Saya menghadapi kesukaran untuk login ke dalam sistem STRonline,macam mana nak buat?
- Sila hubungi talian hotline STR untuk bantuan.
Saya terlupa kata laluan STR,macam mana nak masuk sistem STR online?
- Sila hubungi hotline STR untuk bantuan.
Saya cuba login sistem STR, tetapi id tidak wujud,macam mana ye?
- Sila hubungi hotline STR untuk bantuan.
Permohon STR saya gagal/tidak lulus,macam mana ye?
- Sila hubungi hotline STR untuk bantuan dan cara buat rayuan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai STR, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:
- Facebook: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Laman Sesawang: Portal Rasmi LHDNM
- Emel:[email protected]
- STR LHDNM(1800 88 2737)
- Laman sesawang Sumbangan Tunai Rahmah (STR): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- ALAMAT MOF: Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),Presint 2, 62592 WP Putrajaya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- STR FASA 2 (Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga)
- PERMOHONAN BARU STR 2023 (Kemaskini Maklumat Pemohon)
NO TELEFON DIBERI TAPI CALL XDIANGKAT, CAMNA TU HURMMM
Permohonan Lulus semasa 300 masuk Akaun isteri…
Utk yang 400 .. permohonan Lulus tapi pengkereditan gagal?? Adakah perlu masuk ke Akaun suami? Macam Mana langkah2 yg perlu di buat?
Permohnan Lulus Semasa 350
Tapi belum lagI dapat.
TOLONG LA ANGKAT SY CALL DAH BERATUS KALI DAH NI 🙁
saya dah call talian hotline BPR & no. telefon BPR untuk bantuan tapi tiada jawapan. kes rayuan BPR bagi rayuan BPR telah saya kemaskini dan berjaya dihantar namun urusan e-janji temu, saya tidak berjaya dapatkan tarikh kerana slot sentiasa penuh hingga tarikh 30/6/2021. mohon bantuan dan tindakan dengan kadar segera untuk masalah saya ini
apa hal sy tidak dapat fasa 2 bpr batuan
boleh call saya 0178079065
sAYA CALL BANYAAK KALI TIDAK DAPAT
Teruk betul call semua tak dapat…
Kenapa untuk kali ke dua bayaran x dapat..sms lulus ade ….dan untuk yang terbaru pun tak dapat …yang pertama je dapat rm300…sila BG penjelasan…kenapa x sama-rata dapat..kami pun b40 …dan turut terkesan dgn keadaan sekarang..
Saya telah buat Permohonan Baharu STR sehingga bahagian ‘HANTAR’, akan tetapi loading sahaja. Sehingga ke hari ini permohonan saya tergantung.
Saya cuba menghubungi Hotline STR & Hotline BKK LHDNM tapi tiada yang menjawab panggilan tersebut.
Mohon jawapan dan klarifikasi pihak STR
Str fasa 3 sampai dah selesai raya haji x dapt²… 800 x masuk2 lg dlm acc…… Tolonglah bank in dgn Kadar sgera…
Ada penerima Yang tidak kemaskini Masih dpt nilai bnyak,anak semua dah kerja..dapat jumlah Yang bnyak,siap berlagak duit Tu X pakai pun,..tolonglah semak semula…bgla pada yg lebih berhak. Bukan yg dpt untuk enjoy