CARA NAK BUANG/PECAT PEKERJA(MUAT TURUN BORANG PK)

CARA NAK BUANG/PECAT PEKERJA(MUAT TURUN BORANG PK)

CARA NAK BUANGPECAT PEKERJA(MUAT TURUN BORANG PK)

Ekoran ketidaktentuan keadaan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, banyak majikan dan syarikat terpaksa buang/pecat pekera untuk mengurangkan kos majikan dan syarikat bagi mengelakkan sebarang kerugian dalam perniagaan.Walaupun kerajaan ada menyediakan Program Subsidi Upah(PSU),ada juga majikan yang ingin dan terpaksa berbuat demikian.  Tetapi, bagaimanakah cara nak buang/pecat pekerja? Terdapat beberapa panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh majikan dan syarikat untuk memberhentika pekerja yang perlu dirujuk.

Pemberhentian yang perlu dilaporkan hanyalah pemberhentian yang disebabkan oleh penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.

Pekerja yang diberhentikan majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja. Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya, majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.

Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980.

 

CARA MELAPORKAN MENGENAI PEMBERHENTIAN PEKERJA

Laporan boleh dibuat melalui Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 (Borang PK beserta Lampiran) yang boleh diperolehi secara percuma daripada mana-mana cawangan Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Semenanjung Malaysia atau boleh dimuat  turun daripada laman sesawang Jabatan.

Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 (Borang PK) telah diwartakan sebagai P.U (B) 430/2004 pada 11 November 2004 dan kepada mana-mana majikan yang gagal mematuhi perkara ini adalah melakukan satu kesalahan  mengikut seksyen 63 Akta Kerja 1955, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan.

MUAT TURUN BORANG PK BESERTA LAMPIRAN

Borang PK

Lampiran

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Aras 5, Blok D3, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62530, Putrajaya, Malaysia

Telefon : 603-8000 8000

Pegawai Khidmat Pelanggan : 603-88865192

Telekerja : 03-8888 9111

Faksimili : 603-8889 2368

E-mel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my

Leave a Comment