CARA TUKAR NAMA TANAH (Borang & Kos )

CARA TUKAR NAMA TANAH (Borang & Kos )

CARA TUKAR NAMA TANAH (Borang & Kos )

Sekiranya anda ingin menukarkan nama di dalam geran tanah kepada ahli keluarga seperti anak atau isteri atau anda ingin menjual atau ingin membeli rumah atau sebarang hartanah, proses pertukaran nama dalam geran tanah adalah proses yang wajib dan perlu dilaksanakan.

Tetapi bagaimana caranya? Disini kami akan kongsikan cara pindah milik geran tanah ataupun penukaran nama dalam geran tanah boleh dilakukan dalam Malaysia.

 

DOKUMEN & BORANG DIPERLUKAN UNTUK TUKAR NAMA TANAH

Berikut adalah dokumen dan borang yang diperlukan untuk proses penukaran nama hak milik tanah:

  1. Dokumen yang diperlukan
    • Geran tanah
    • Kad Pengenalan penjual & pembeli
  2. Borang yang diperlukan

 

CARA TUKAR NAMA TANAH

Berikut adalah proses untuk tukar nama hak pemilikan tanah:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat tanah berdekatan dengan anda
  2. Pastikan anda membawa perkara yang perlukan seperti:
    • Geran tanah yang hendak di tukar nama
    • Pastikan Pembeli yang akan menerima tanah hadir bersama (kesemua yang akan menerima jika lebih dari satu orang)
    • Kad Pengenalan penjual dan pembeli (kesemua penerima jika lebih dari satu orang)
    • Pen hitam dakwat cair (ballpen tidak dibenarkan)
  3. Pastikan anda telah mengisi borang 14A tersebut dengan pen hitam dakwat cair
  4. Setelah lengkap serahkan ke kaunter semak
  5. Sekiranya OK, anda akan diminta untuk jumpa pegawai pemeriksa yang sebenar untuk dicop tarikh dan cop pentadbir tanah yang mana berkenaan
  6. Kemduian anda akan di minta untuk mengambil nombor giliran untuk berjumpa dengan pentadbir tanah
  7. Sekiranya semuanya lengkap pentadbir tanah akan minta cop jari pembeli dan penjual pada borang 14A, dan seterusnya beliau akan tanda tangan pada borang 14A tersebut di tempat yang berkenaan
  8. Kemudian anda dikehendaki membuat bayaran Duti stem. Pastikan anda telah lengkap mengisi borang PDS 15 (dalam format PDF)
  9. Pastikan anda membuat lima (5) salinan dokumen-dokumen berikut:
    • Borang 14A
    • Geran tanah
    • kad pengenalan penjual
    • kad pengenalan pembeli (ke semua jika lebih dari seorang)
    • surat beranak / sijik kelahiran
  10. Pergi ke kaunter LHDN yang berhampiran anda dan serahkan borang tersebut bersama salinan
  11. Kemudian pihak LHDN akan menelefon anda dalam tempoh 30 (tiga puluh hari) dari tarikh penerimaan borang tersebut
  12. Setelah bayaran dibuat di LHDN. Bawa resit pembayaran ke pejabat tanah semula (Bahagian Pendaftaran atau Bahagian Pentadbiran). Bawa sekali dokumen-dokumen yang anda bawa ke LHDN sebelum ini.
  13. Sekiranya anda masih belum bayar cukai tanah, boleh bayar cukai tanah tahun semasa sekali.
  14. Setelah itu hantar borang 14A berserta dokumen dan anda perlu tunggu sehingga surat untuk ambil geran anda sampai ke rumah 😉
  15. Selesai. Surat untuk ambil geran yang siap memang agak lama. Mungkin boleh mencecah sehingga 2 bulan.

 

KOS YANG TERLIBAT DALAM PROSES TUKAR NAMA TANAH

Berdasarkan maklumat semasa nilai duti stem tersebut adalah seperti berikut

  1. Sekiranya nilai tanah RM 100K pertama – 1%
  2. Sekiranya nilai tanah RM 400K berikutnya – 2 %
  3. Sekrianya nilai tanah selebihnya – 3%

Berikut adalah contoh perkiraan, ambil contoh nilai tanah adalah RM200K

  • cukai adalah RM100K pertama (1%) – RM1,000.00
  • cukai RM100K berikutnya (1%) – RM2,000.00
  • ini bermaksud jumlah cukai adalah RM3,000.00

 

ARTIKEL LAIN

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CARA  PECAH TANAH LOT GERAN INDIVIDU

CARA BELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

CARA BACA  GERAN TANAH

Leave a Comment