SSM BizTrust (Cara Daftar Register & Kelebihan)

SSM BizTrust (Cara Daftar Register & Kelebihan)

SSM BizTrust

 

APA ITU SSM BizTrust?

BizTrust adalah piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan dalam talian melalui SSM,

Melalui BizTrust,ia mengesahkan bahawa entiti itu telah mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria yang ditetapkan termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.

SEMAKAN KELAYAKAN PENDAFTARAN SSM BizTrust

Entiti dalam talian yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM dan mengikuti amalan perniagaan yang baik boleh mendaftar untuk mendapatkan logo ini.

Berikut adalah syarat kelayakan pendaftaran Biz Trust :

  • Pastikan anda telah mendaftar perniagaan dengan SSM dan mempunyai rekod yang baik
  • Satu akaun hanya boleh menggunakan satu email sahaja
  • Satu akaun hanya boleh medaftar untuk 1 laman web sahaja.

TUJUAN PENDAFTARAN BizTrust

Inisiatif pendaftaran adalah seiring dengan perubahan trend urus niaga peruncitan yang kini banyak beralih kepada perniagaan dalam talian.

Justeru, KPDNHEP melalui SSM memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM, dengan syarat entiti terbabit mematuhi kriteria ditetapkan.

Apabila permohonan diluluskan, peniaga dalam talian akan memperoleh pensijilan SSM BizTrust dan dapat memaparkan logo tersebut pada laman sesawang, media sosial dan blog perniagaan mereka.

TARIKH PENDAFTARAN BizTrust PERCUMA

Buat masa ini, pendaftaran SSM BizTrust adalah PERCUMA untuk semua peniaga.

Tawaran ini adalah dibuka sehingga 31 Disember 2021.

KELEBIHAN MENDAFTARAN SSM BizTrust

Simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti ini tentunya akan meyakinkan pengguna untuk melakukan urus niaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan urus niaga dalam talian mahupun secara fizikal.

Justeru, KPDNHEP menyeru agar lebih ramai peniaga dalam talian memanfaatkan kemudahan ini dan bersama kerajaan membina semula ekonomi domestik negara demi masa depan lebih baik bersama.

 

Ia juga supaya pengguna hanya berurusniaga dengan entiti perniagaan diiktiraf dan memiliki logo BizTrust untuk melindungi mereka daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.

BAGAIMAKAH IA BERFUNGSI?

Pemohon yang berjaya akan mempunyai keistimewaan untuk meletakkan BizTrust Seal di laman web mereka dengan tandatangan digital yang unik yang hanya boleh digunakan oleh mereka.

Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan pembeli terhadap penjual.

Apabila pengguna klik pada BizTrust Seal, pengguna akan dibawa ke laman pengesahan untuk mengesahkan kesahihannya.

Namun jika ia telah tamat tempoh atau melakukan perkara yang membatalkannya, semakan apabila mengklik pada Seal itu akan menunjukkan bahawa BizTrust seal telah tamat tempoh atau telah dibatalkan.

PRINSIP ​SSM BizTrust

Berikut adalah 3 prinsip SSM BizTrust:

Prinsip Pendaftaran         ​

Entiti telah berdaftar dan mempunyai kr​edibiliti yang baik dengan SSM serta mematuhi amalan perniagaan selari dengan kriteria yang telah ditetapkan di dalam BizTrust.

Prinsip Keselamatan       

Perlindungan ke atas keselamatan sistem selaras dengan kriteria keselamatan SSM BizTrust.

Prinsip Privasi

Maklumat peribadi mematuhi komitmen di dalam notis privasi setiap entiti selaras dengan kriteria privasi  BizTrust.​

CARA PENDAFTARAN BizTrust

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal  https://biztrust.ssm.com.my  yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu.

  1. Layari portal https://biztrust.ssm.com.my
  2. Klik Sign In
  3. Klik Creat Account
  4. Lengkapkan maklumat diperlukan,kemudian tekan SUBMIT
  5. Sekarang,anda telah selesai buat pendaftaran.
  6. Kemudian,anda perlu buat pengesahan email,anda akan menerima password dan copy dan simpan password tersebut.
  7. Kemudian buka email kedua dan sila buat pengesahan email,klik VERIFY.
  8. Kemudian sign in semula, menggunakan password tadi.
  9. Sila baca terma dan syarat, kemudian klik AGREE
  10. Kemudian masukan password baru,klik SAVE
  11. Seterusnya klik APPLY FOR BizTrust
  12. Pilih level dan masukan link website,link media sosial,klik NEXT
  13. Sila maklumat yang diminta,kemudian klik NEXT
  14. Sila sahkan maklumat anda, kemudian tekan SUBMIT dan COMFIRM
  15. Jika permohonan anda tidak lengkap,anda diberi peluang untuk lengkapkan maklumat semula.
  16. Jika permohonan anda berjaya,anda akan diberikan pautan untuk download SEAL untuk letak logo Biz Trust di laman web anda

SOALAN LAZIM SSM BizTrust

Apakah medium dalam talian yang diperlukan oleh entiti perniagaan dalam talian?

Entiti perniagaan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan atau semata-mata untuk berkongsi maklumat di laman web dan melakukan transaksi dalam talian. (Termasuk media sosial)

Bagaimanakah cara untuk mengakses sistem BizTrust?

Boleh diakses menerusi www.ssm.com.my dan klik pada ikon ‘SSM BizTrust’ pada senarai e-Services atau secara terus di https://biztrust.ssm.com.my

Apakah perisian dan perkakasan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan  BizTrust?

(a) Keperluan Perkakasan seperti di bawah:

  • Pemprosesan Intel iCore 3 & ke atas
  • 2 GB of RAM dan ke atas
  • Talian Internet berkelajuan minima 1Mbps
  • Mesin Pencetak (Hitam & Warna)
  • Mesin Pengimbas

(b) Keperluan Perisian seperti di bawah:

  • Microsoft Windows 7 atau ke atas
  • Pelayar Web
  • Google Chrome versi 32 atau ke atas
  • Mozilla Firefox versi 27 atau ke atas
  • Internet Explorer versi 8, 9 atau 11
  • Adobe Reader 9.0 dan ke atas

Adakah perkhidmatan  BizTrust tersedia sepanjang masa?

Perkhidmatan ini tersedia selama 7 hari seminggu dan 24 jam sehari. Walau bagaimanapun kelulusan bagi setiap permohonan adalah bergantung kepada penilaian permohonan.

Berapa banyak e-mel yang boleh digunakan untuk akaun  BizTrust?

Hanya satu alamat e-mel yang boleh digunakan untuk satu akaun SSM BizTrust.

Bagaimanakah untuk mengesahkan sebagai pengguna sebelum menggunakan sistem  BizTrust?

Selepas membuat pendaftaran, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel. Anda juga akan menerima dua e-mel:

(a) Kata laluan sementara

(b) Kod pengesahan

Langkah-langkah berikut diperlukan:

Langkah 1: Masukkan alamat e-mel & kata laluan sementara untuk log masuk

Langkah 2: Sahkan akaun anda.

Bagaimana untuk layak mendapat  BizTrust?

Bagi entiti yang layak, penilaian akan dijalankan untuk

memastikan entiti mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria

SSM BizTrust termasuk pendaftaran perniagaan,

keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.

Apakah cara untuk meletakkan seal jika menggunakan platform media sosial seperti Facebook / Instagram?

Pemohon boleh meletakkan ayat dan pautan  BizTrust pada laman web mereka untuk mengesahkan kesahihan  BizTrust; seperti

Contoh: ABC Enterprise telah didaftarkan dengan  BizTrust. Sila klik pautan biztrust.ssm.com.my untuk pengesahan.

Bagaimanakah saya menyemak status permohonan saya?

Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel dan log masuk ke sistem SSM BizTrust dan klik “APPLY FOR BIZTRUST”.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut, layari https://biztrust.ssm.com.my/

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan mengenai  BizTrust , sila hubungi:

Pusat Perhubungan SSM di 03-7721 4000;

Faks kepada 03-7721 4001; atau

Emel kepada [email protected]

 

Baca tentang CARA DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE

1 thought on “SSM BizTrust (Cara Daftar Register & Kelebihan)”

Leave a Comment