Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP 2023

Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP 2023

Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP

Individu yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran peringkat sijil adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun 2023.

 

IKB adalah institusi pendidikan di bawah MAIWP yang menawarkan program-program kemahiran peringkat Sijil kepada para pelajar terutamanya anak-anak keluarga asnaf dan B40.

 

Untuk mereka yang berminat, permohonan kemasukan dibuka sehingga 16 Oktober 2022 secara atas talian.

 

 

Keistimewaan Dinikmati Pelajar

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institut ini bakal menikmati keistimewaan berikut:

 

  • Yuran pengajian percuma.
  • Penginapan dan makan minum disediakan.
  • Bantuan elaun bulanan.
  • Pakaian korporat dan teknikal disediakan.

Bidang Yang Ditawarkan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan Elektrik (KJE)
  • Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
  • Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki (RFPL)
  • Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita (RFPW)
  • Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
  • Seni Grafik Komputer (SGK)

 

Syarat Pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

Syarat pengambilan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
  • Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik.
  • Berumur 16 –35 tahun kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.
  • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan.
  • Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan.
  • Lulus ujian temuduga.

 

Syarat Khusus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

Syarat khusus bagi kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:

  • Tidak buta warna.
  • Pemohon berumur 18 hingga 35 tahun.
  • Mempunyai Sijil SPM dan lulus:

– Bahasa Melayu;

– Matematik/Matematik Tambahan

– Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik dan Elektronik/Aplikasi Elektrik dan Elektronik/Teknologi Elektrik/Pemasangan Kawalan Elektrik/Lukisan Geometri & Elektrik; atau

Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan:

– Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33.

– Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104; dan

– PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional

Bagaimanakah Cara Buat Permohonan IKB MAIWP?

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

 

  1. Layari laman web https://www.ikb-maiwp.edu.my/v1/?p=1382.
  2. Klik bahagian “Klik Sini Untuk Memohon.”
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Ok”
  4. Lengkapkan semua maklumat permohonan.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sila layari laman web https://www.ikb-maiwp.edu.my/v1/?p=1382.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN IPT MAIWP:BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT/ BANTUAN PERSEDIAAN IPT

Tags: #APA ITU IKB MAIWP? #Apa keistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal? #Bagaimanakah Cara Buat Permohonan IKB MAIWP? #CARA PERMOHONAN IKB MAIWP ONLINE #PERMOHONAN IKB MAIWP ONLINE #PERMOHONAN IKB MAIWP ONLINE:LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA & ELAUN UNTUK B40 #Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP 2023 #SENARAI KOMPONEN PENGAJIAN #Syarat Khusus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP #TARIKH AKHIR PERMOHONAN IKB MAIWP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP 2023"