PERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2024)

PERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2024)

PERMOHONAN BARU STR

Melalui belanjawan 2024, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan daripada sebelum ini untuk maafat 9 juta penerima. Sekiranya anda belum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Seharusnya anda membuat permohonan. Disini sini kami akan kongsikan mengenai tarikh terkini permohonan dan cara membuat permohonan baharu STR 2024. Semoga membantu.

 

APA ITU STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN STR

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

ISI RUMAH
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  •  Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
BUJANG
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran asas STR yang akan diterima mengikut katagori iaitu:

KATEGORIPENDAPATANKADAR BAYARAN
Isi RumahRM2,500 dan ke bawahRM1,300 hingga RM2,800
(Mengikut bilangan anak)
RM2,501 – RM5,000RM800 hingga RM1550
(Mengikut bilangan anak)
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawahRM600
BujangRM2,500 dan ke bawahRM500

NOTA: Semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) *mengikut data e-Kasih dan JKM dengan Bayaran tambahan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan pada tahun 2024

 

SIAPA PERLU BUAT PERMOHONAN BAHARU STR

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

 

TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR 2024

13 Oktober 2023

 

CARA PERMOHONAN BAHARU STR

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

Permohonan Secara Dalam Talian

Permohonan Melalui Borang

  • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Atau Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR
  • Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN;
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan Sijil Lahir; dan
      • Salinan MyKad / MyKid
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

NOTA: Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

 

TARIKH BAYARAN STR 2024

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR mengikut fasa iaitu:

BILFASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
1Fasa 1Pada bulan Februari 2024 atau sebelum ramadhan
2Fasa 2Akan dikemaskini
3Fasa 3Akan dikemaskini
4Fasa 4Akan dikemaskini
5Tambahan RM1200

(RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas)

  • Januari 2024
  • Februari 2024
  • Mac 2024
  • April 2024
  • Mei 2024
  • Jun 2024
  • Julai 2024
  • Ogos 2024
  • September 2024
  • Oktober 2024
  • November 2024
  • Disember 2024

Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Baru STR, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

ARTIKEL LAIN:

3 thoughts on “PERMOHONAN BAHARU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2024)”

Leave a Comment