PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK

SARA DIRI KECEMASAN MAHASISWA

Kepada mahasiswa anak Perak,anda boleh mohon Bantuan Sara Diri & Kecemasan Perak sekiranyaa layak. Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan ini bagi  meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan. Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK?

Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

 

APA ITU BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK?

Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah. Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:

  • Kemalangan
  • Kebakaran
  • Kematian ibu/bapa/penjaga
  • Kecurian
  • Bencana alam
  • Penyakit Kronik

Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

 

KADAR  BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Berikut adalah kadar bantuan bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Perak adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: Minimum RM500, maksimum RM2,000 (kelulusan mengikut kesesuaian).
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak: sehingga RM5,000 (kelulusan mengikut kesesuaian)

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Berikut adalah merupakan tarikh permohonan:

  • Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: permohonan boleh dibuat mulai 8 Februari 2023 sehingga 10 Mac 2023
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak boleh dibuat mulai 8 Februari 2023.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA PERAK

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Sara Diri:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).
  6. Keutamaan permohonan adalah kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Bantuan Kecemasan,:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga).
  6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:

  • Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar pemohon.
  • Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.

Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:

  • Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
  • Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE/BORANG

Jika anda layak,boleh mohon melalui dua cara iaitu:

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK ONLINE

  • Bagi Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online
  • Bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak,klik DISINI untuk buat permohonan secara online

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK BORANG

  • Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN PERAK

Sila klik disini untuk muat turun borang

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda berminat,boleh dapatkan maklumat lanjut di pejabat Yayasan Perak di alamat:

Yayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111 Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.

Sila hubungi  pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK (Muat Turun Borang)

Leave a Comment