Permohonan Insis T9 (Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000)

Permohonan Insis T9 (Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000)

Insis T9

Kepada  Siswazah di Negeri Sembilan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswazah Tani (INSIST9) di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

 

Apakah Objektif Insis T9 2022 (Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000)?

Objektif pelaksanaan insentif ini adalah untuk menggalakkan siswazah berumur 40 tahun ke bawah menceburi bidang pertanian dan mengubah persepsi mereka terhadap sektor pertanian.

Ini kerana, sektor pertanian merupakan antara sektor dan bidang kerjaya yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang terlibat. Oleh itu, siswazah yang berminat boleh segera memohon menerusi borang permohonan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Berapa Jumlah Insentif Insentif Siswazah Tani N. Sembilan?

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif berjumlah RM10,000 untuk satu projek pertanian.

 

Senarai Syarat Kelayakan Insentif Siswazah Tani N. Sembilan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia dan siswazah yang berumur 40 tahun ke bawah.
  • Merupakan anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilansekurang-kurangnya selama 10 Tahun.
  • Mempunyai kemudahan tanah (sama ada sendiri atau sewa).
  • Melaksanakon projek sayur-sayuran, buah-buahan dan industri berpotensi.
  • Keluasan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensiona|, 1500 polibeg bagi ferfigasi, bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut dan telah memulakan projek pertanian.
  • Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur ladang seperti perparitan, sistem pengairan, jalan ladang dan bahan input pertanian.

Cara Permohonan Insentif Siswazah Tani N. Sembilan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://pertanian.ns.gov.my/borang.
  2. Klik bahagian Siswazah Tani (INSIST9).
  3. Muat turun borang permohonan tersebut.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat-pejabat Pertanian Daerah berhampiran.

 

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Insentif Siswazah Tani N. Sembilan?

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Gambar Pemohon Ukuran Pasport (2 Keping)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah (jika perlu)
  • Salinan Hak Milik Tanah/Kebenaran Penggunaan Tapak (jika berkenaan)
  • Salinan Perjanjian Sewa/Surat Kebenaran Penggunaan tanah (Surat perjanjian/Kebenaran perlu disahkan)
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia (salinan sijil perlu disahkan).

 

Anda Perlukan Maklumat Lanjut?

Untuk maklumat lanjut mengenai INSIST9, sila layari laman web https://pertanian.ns.gov.my/.

 

ARTIKEL LAIN 

SENARAI LOKASI PEDi DI SETIAP NEGERI (Cara Guna & Latihan Kursus)

Leave a Comment