JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI (Check Jadual Bayaran)
Bagi anda yang telah memohon pengeluaran KWSP i-Lestari pada bulan April yang lalui, anda akan mendapat pembayaran 4 Mei 2020. Pembayaran KWSP i-Lestari akan dilakukan secara terus ke akaun bank anda. Jadi anda tidak perlu ke pejabat KWSP yang terdekat bagi mendapatkan pengeluaran bayaran KWSP i-Lestari anda
Kepada usahawan wanita,boleh cuba mohon GERAN USAHAWAN WANITA SARAWAK JWKS RM2,000
Berdasarkan maklumat terkini, kebayakan pemohon i-Lestari KWSP telah menerima bayaran i-Lestari bulan pertama iaitu bulan MEI 2020, seterusnya adalah bayaran i-Lestari bulan JUN,JULAI,OGOS, SEPTEMBER,NOVEMBER,DISEMBER 2020 dan sehingga selesai setahun. Bagaimana ahli/pemohon ingin mengetahui tarikh untuk bulan seterusnya?
Setakat ini, tidak ada khusus jadual pembayaran i-Lestari kerana ahli/pemohon membuat pengeluaran pada tarikh yang berbeza dan pihak KWSP membuat bayaran pada tarikh berbeza untuk melancarkan proses pembayaran.
BACA tentang CEK JURUBANK KWSP
SEMAKAN TARIKH BAYARAN KWSP i-LESTARI
Berikut adalah langkah-lengkah semakan status bayaran KWSP i-Lestari:
- Layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik bahagian Semakan Permohonan
- Masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan anda
TERBARU,baca tentang BANTUAN RM300 KEPADA GOLONGAN OKU & IBU TUNGGAL - Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat
- Tick Saya bukan robot
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Pastikan pilihan semua selesai
- Klik Semak
- Anda akan dapat masuk melihat satus permohonan i-Lestari
- Anda juga akan dapat melihat tarikh bayaran bulan seterusnya
Anda tengah cari kerja, perlukan CONTOH RESUME,muat turun dan edit sahaja, ada 100 jenis, boleh pilih mana yang sesuai dengan anda.
KONSEP AM PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
CONTOH SITUASI MUDAH
Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Baca tentang INSENTIF IBU BERSALIN (IBB) RM450
TINDAKAN PERSEDIAAN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Pastikan anda telah memohon pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari. Sekiranya belum, anda boleh baca: Daftar Pengeluaran KWSP i-Lestari
Semak status permohonan pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari . Bagi tujuan ini, anda perlu semakan di laman portal KWSP i-Lestari
Ada yang belum membuat Semakan Wang Tidak Dituntut? Ini cara Semakan Wang Tidak Dituntut 2020. Mudah sahaja.
Rancang penggunaan wang yang bakal diterima bagi memastikan ianya bermanfaat dan berfaedah kepada anda. Pastikan ianya mampu mempersiapkan anda dalam menghadapi situasi tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19
TEMPOH PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selamat tempoh 1 tahun
Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2020
AMAUN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Had minima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 50 sebulan
Had maksima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 500 sebulan
Hanya satu pengeluaran KWSP i-Lestari dibenarkan dalam sebulan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Untuk maklumat lanjut & pertayaan
Layari laman web KWSP atau
Layari Laman web KWSP i-Lestari atau
Hubungi KWSP di 03-8922 6000
Kata 4 mei tpi 20 mei bru dpt skrg dh dkt jun . Tarikh bila bru dpt terima i-lestari ni masa kini smua rakyat pun menghadapi masalh ekonomi
Berapa hari bulan pembayaran kwsp untuk bulan jun ni..? Info k
Berapa hari bulan pembayaran KWSP untuk bulan Jun ini?
Belom dapat
Duit bulan meidan june tak dapt lagi
Kalau nak tuntuk kwsp perwaris bagaimana caranya..
Aplly 29 mei tapi smpai skrng 27 jun blum dpat apa2 feedback dari kwsp………nasib ada income lain klau tunggu duit i lestari ni kebulur anak2….nak beli susu pampers…lagi.
Memohon ilestari kwsp pada awal bulan jun dan bilakah duit akan di masukkn kedalam akaun pemilik
Skrg su daH 28 June. Bilakah duit kwsp kami, untuk bulan June masuk didalam akaun kami. Seperti bulan mei ? Kami Tunggu danTerus tunggu. menyebabkan kerisauan untuk kami mencari Makanan keperluan. Seperti bulan bulan yg lepas 😂 untuk terus melalui hari hari yg mendatang. So Bilekah wang kwsp kami Dapat untuk bulan June ?
saya apply pada 2 jun.. 3 jun lulus dan 3 jun jgk la duit masuk dalam akaun
Dah lulus tapi duit x masuk lg knape
Bln ini i pun blm dpt wg kwsp
Sy semak penerimaan bayaran i lestari tapi Tak jawap apa pun.tlg semakan tarikh bila dapat
Jadual Pembayaran i-Lestari