PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA

APA ITU PROGRAM KEMAHIRAN PENINGKATAN &  KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR

Satu program kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran bagi golongan penganggur melalui program latihan untuk mendapat kemahiran dan meningkatkan kemahiran.

JUMLAH DANA PROGRAM LATIHAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN BAGI GOLONGAN BELIA DAN PENGANGGUR

RM2 Billion

Baca tentang CARA DAFTAR eBelia IYRES  SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA  

MANFAAT

200,OOO belia dan golongan yang tiada pekerjaan

Baca tentang PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA

TARIKH PELAKSANAAN

Pertengahan Jun hingga akhir Disember 2020

Bagi meningkatkan kebolehpasaran belia, kerajaan akan melaksanakan program seperti berikut :

-Menyediakan dana padanan sehingga RM250 juta untuk membiayai program latihan dan penempatan di samping lain-lain program peningkatan kemahiran dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad(PSMB)

Kalau tak ada kerja nak buat, boleh cuba mohon PROGRAM LATIHAN PENJANA KERJAYA,banyak kelebihan dan insentif disediakan untuk pemohon.

Mengoptimumkan penggunaan institusi latihan kemahiran awam seperti MARA,kolej komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut latihan perindustrian di seluruh negara

-Menyokong Program Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti(DISC) seperti program Perantis Siswazah Pasaran Modal,Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam dan subsidi latihan sehingga RM3500 bagi tempoh 6 bulan.

-Menyokong Latihan dan Pendidikan Profesional PROTEGE di bawah Financial Industry Collective Outreach(FINCO) yang akan menyediakan latihan dan pengalaan pekerja kepada sehingga 2,000 graduan menganggur

-Memberi kelonggaran syarat bagi Skim PROTEGE Ready To Work* PROTEGE RTW)

Bagi meningkatkan kemahiran untuk golongan penganggur, kerajaan akan melaksanakan program seperti berikut :

-Kerjasaa awam dan swasta bagi meningkatkan kemahiran dalam industri seperti elekterik dan elektronik (E&E) serta teknologi makluat dan komunikasi (ICT) bagi pelabur utama (melalui MIDA,pihak berkuasa koridor)

-Menggalakkan penganggur melanjutkan pelajaran terutamanya dalam kursus jangka pendek di universiti tempatan

-Memperkasa latihan keusahawanan yang dijalankan dibawah institusi seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,Kementerian Keusahawanan dan Koperasi serta MARA

-Memberi subsidi latihan sehinggan RM800 sebulan selama  6 bulan dengan mendaftar SIDC

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA

PERINTIS SISWAZAH PASARAN MODAL

Program ini diperkenalkan sejak Mac 2009 dengan objektif menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap dua digalakkan untuk menyertai program ini dan paling penting mereka akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain kursus dan latihan teori.

Anda tengah cari kerja, perlukan CONTOH RESUME,muat turun dan edit sahaja, ada 100 jenis, boleh pilih mana yang sesuai dengan anda.

Apakah kelebihan dan objektif program ini kepada golongan siswazah?

Peserta program berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir.

Program ini bukan saja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik, tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.

Selain itu, antara objektifnya ialah meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan, memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran serta mengurangkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS)

ICMGTS ialah satu program latihan dwitahunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dikendalikan oleh SIDC untuk membangunkan bakat muda bagi kerjaya dalam ICM. Kursus selama lapan minggu itu memberikan kefahaman teknikal tentang ICM dan kemahiran insaniah yang berkaitan kerja kepada peserta.

 CARA PERMOHONAN PROGRAM KEMAHIRAN PENINGKATAN &  KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR

*Akan dikemaskini

2 thoughts on “PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR”

Leave a Comment