PERMOHONAN KIT ASAS KEBERSIHAN WANITA (Semak Status)

PERMOHONAN KIT ASAS KEBERSIHAN WANITA (Semak Status)

PERMOHONAN KIT ASAS KEBERSIHAN WANITA (Semak Status)

Mengikut pemgumuman bajet baru-baru ini, dianggarkan seramai 130000 orang remaja wanita akan menerima Kit Asas Kebersihan Wanita secara percuma bermula tahun hadapan. Kit asas ini akan diberikan kepada remaja wanita daripada keluarga B40. Untuk itu, berikut adalah sedikit maklumat kepada anda untuk panduan. Semoga bermanfaat.

 

APA ITU KIT ASAS KEBERSIHAN DIRI?

Tujuan pemberian kit asas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memperkasa remaja mengenai kepentingan penjagaan kebersihan peribadi dan kesihatan reproduktif. Pemberian kit juga diharap akan menyumbang kepada ‘outcome’, iaitu mempertingkat kesejahteraan wanita dan keluarga dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

 

CARA PERMOHONAN KIT ASAS KEBERSIHAN DIRI

Menurut sumber kementerian, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menerajui inisiatif pemberian Kit Kebersihan Asas kepada remaja perempuan dalam kalangan B40 di seluruh negara.

Bagi tujuan tersebut, LPPKN akan menggunakan aplikasi myKafeTEEN bagi mengumpul maklumat dan permohonan. Jadi, kepada anda diluar sana sila muat turun aplikasi myKafeTEEN bagi memudahkan proses pemberian.

 

SOALAN LAZIM

Bilakah Program Kit Asas Kebersihan Wanita diagihkan?

  • Kit Asas kebersihan dijangka akan diagihkan pada tahun hadapan setiap bulan kepada mereka yang layak sahaja.

Siapakah yang layak untuk menerima Kit Asas Kebersihan?

  • Remaja wanita B40
  • Remaja perempuan daripada kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi LPPKN Negeri atau Ibu Pejabat, Bahagian Perancangan Korporat LPPKN di talian 03-26937555 samb. 2008/2002.

ARTIKEL LAIN

1 thought on “PERMOHONAN KIT ASAS KEBERSIHAN WANITA (Semak Status)”

Leave a Comment