Panduan Membeli Tanah Kelantan (Dokumen & Kos )

Panduan Membeli Tanah Kelantan (Dokumen & Kos )

Panduan Membeli Tanah Kelantan (Dokumen & Kos )

Anda nak beli tanah di negeri Kelantan? Berikut adalah Panduan Membeli Tanah Kelantan (Dokumen & Kos ).


1) KENAL PASTI JENIS GERAN ATAU HAK MILIK


Sebelum membeli tanah, perkara penting yang anda perlu tahu adalah mengenal jenis geran. Ada 2 jenis geran.

A) Hak Milik Sementara

Berikut adalah syarat berkaitan dengan hak milik sementara :

a)Tidak boleh dipecah sempadan.

b)Tidak boleh dipecah bahagi.

c) Tidak boleh disatukan tanah.

d) Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah hak milik sementara

PENJELASAN TENTANG HAK MILIK SEMENTARA

Hak milik sementara bermaksud belum sempurna kerja mengukur dan pelan.

Hak milik sementara membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.

Akhirnya hak milik sementara ini akan menjadi geran seperti berikut :

i) Hak milik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran– Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.

ii) Hak milik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah
– Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim

B) Hak Milik Tetap

Berikut adalah jenis hak milik tetap :

i) Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar

– Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya

– Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu

ii) Hakmilik Tetap Pejabat Tanah

– Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.

– Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.

PENJELASAN  TENTANG GERAN PAJAKAN

Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut tanpa sebarang pampasan.

Sekiranya tanah tersebut tidak dimajukan oleh pihak berkenaan, pemilik tanah boleh menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa.

Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.

Isu Lain Berkaitan Dengan Geran

Anda juga perlu menyemak penama dan pemilik geran adalah benar-benar wujud atau tidak. Pastikan nombor kad pengenalan dalam geran sama dengan kad pengenalan penjual.

Di dalam geran tanah juga, kita dapat pastikan adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka proses pindah milik dan jual beli tanah agak sukar.

Selain itu, anda juga dapat mengenal pasti jika terdapat apa-apa sekatan. Jika terdapat sekatan yang agak sukar. Lebih baik anda memilih tanah yang lain.

2)MENGGUNAKAN EJEN HARTANAH BERLESAN

Biasanya di negeri Kelantan, orang tengah atau broker maut yang terlibat dalam urusan menjual tanah.

3) UTAMAKAN FAKTA DARIPADA PENDAPAT ORANG LAIN

Segala penjelasan dan penerangan daripada ejen atau pemilik tanah hanyalah pendapat mereka sahaja.

4) LOKASI DAN HARGA

Carilah lokasi yang strategik seperti dekat dengan kawasan perumahan, ada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Yang paling penting ialah kemudahan jalan.

Bandingkan harga berdasarkan lokasi, tanaman yang ada dalam tanah, umur tanaman tersebut dan hasil daripada tanah tersebut.

5) PERJANJIAN JUAL BELI DAN DOKUMEN

Anda wajib membuat perjanjian jual beli dan perlu membuat pengesahan matikan setem untuk kebaikan pihak penjual dan pembeli.

ARTIKEL LAIN

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CARA BELI TANAH SECARA TUNAI

CARA BELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

Leave a Comment