E-LELONG (Cara Daftar E-BIDDING & Beli Rumah Lelong Malaysia)

E-LELONG (Cara Daftar E-BIDDING & Beli Rumah Lelong Malaysia)

E-LELONG

APA ITU E-LELONG?

e-Lelong adalah satu sistem pertama di Malaysia yang mengendalikan lelong awam harta tak alih di Mahkamah secara atas talian mengikut masa sebenar di mana pembida boleh membuat bidaan dari mana-mana tempat tanpa perlu hadir ke Mahkamah.

KEMUDAHAN SISTEM E-LELONG

Antara kemudahan sistem e-Lelong:

  • Membuat bidaan secara atas talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah memandangkan lelong awam dijalankan secara atas talian mengikut masa sebenar.
  • Pembida boleh menyemak butiran hartanah secara terperinci dan menyeluruh.
  • Pembida boleh membuat carian hartanah yang akan dilelong dengan lebih mudah dan meluas.
  • Identiti pembida dan maklumat adalah dirahsiakan.
  • Tiada campurtangan dari pihak ketiga dan sindiket.
  • Transaksi lelong awam dijalankan dengan telus dan berintegriti.

elelong, rumah lelong, mahkamah, malaysiaSistem lelong awam secara online dikenali sebagai Sistem e-Lelong mengendalikan Lelong Awam Harta Tak Alih bagi kes-kes halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya secara atas talian mengikut masa sebenar (real time).

Hartanah-hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong menerusi sistem tersebut turut melibatkan hartanah-hartanah yang dilelong oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

Ini membolehkan para pembida membuat bidaan online tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Identiti pembida dirahsiakan untuk memastikan tiada ketirisan maklumat dan pembida boleh membuat bidaan tanpa sebarang tekanan dan campur tangan pihak ketiga.

Ia dilaksanakan bagi kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Temerloh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Taiping. Ianya akan diperluaskan ke Mahkamah Tinggi Malaya yang lain.

elelong.kehakiman.gov.my Tempat Membida Rumah Online

Portal ini ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan aktiviti lelongan awam, meningkatkan kadar kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh mahkamah serta menggantikan proses lelongan awam yang dijalankan secara manual.

Lelongan awam yang dijalankan atas talian ini hendaklah dikawal oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Pusat Operasi e-Lelong yang ditempatkan di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.

CARA DAFTAR E-BIDDING LELONG RUMAH

1.Daftar Akaun

Sebelum anda boleh memulakan proses bidaan rumah lelong, anda perlu mendaftar akaun di laman sesawang e-Lelong. Akaun tersebut perlu didaftarkan atas nama individu yang ingin membeli rumah lelong.

Contoh:

Sekiranya isteri ingin membeli rumah, dia tidak boleh mendaftar akaun ke atas nama dan kad pengenalan suami. Dia perlu gunakan maklumat pengenalan sendiri sebagai pembeli.

Selain itu, emel yang dimasukkan ketika mendaftar perlu tepat dan betul kerana kata laluan akan dihantar menerusi emel tersebut. Sebelum menghantar permohonan mendaftar akaun ini, anda perlu memuat naik salinan pasport/kad pengenalan. Jika anda tidak berbuat demikian, akaun anda tidak dapat disahkan atau diverifikasi.

2.Sediakan Modal Deposit 10%

Membida bukan percuma ya. Anda perlu modal minimum 10% deposit dalam bentuk bank draft untuk membida lelongan rumah. Anda buatlah bank draft dengan akaun bank anda demi memudahkan urusan pembelian kelak. Anda juga boleh mengeluarkan wang ASB  untuk dijadikan modal deposit.

Contoh: Deposit RM38,000. 10% deposit minimum = RM3800 perlu anda ada.

Jangan risau! Deposit yang dilaburkan akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank anda sekiranya anda tidak menang bidaan itu.

Maklumat yang diperlukan ada ditulis di dalam laman web e-lelong. Anda boleh rujuk notis jualan unit sebelum membuat deposit.

3.Hantar Bank Draft ke Mahkamah Tinggi

Bank draft yang telah siap mesti dihantar ke mana-mana mahkamah tinggi berhampiran anda sehari sebelum hari lelongan dibuat. Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh pergi awal daripada itu.

Misalnya, lelongan akan dilangsungkan pada hari Isnin, hari Jumaat anda perlu menghantar draf tersebut.

Bank draft itu perlu dihantar bersama slip yang telah dicetak dalam laman web itu. Anda hanya perlu pilih negeri dan memilih rumah/bangunan lelong yang ingin dibeli. Klik sahaja pada butang “I am interested” atau “Saya Berminat” dan ikuti sahaja langkah yang ditunjukkan sehingga bahagian cetak slip yang melayakkan anda membida pada hari lelongan.

 

4.Tunggu Waktu Bidaan Dibuka

Anda perlu tunggu sehingga waktu bida atau lelong yang telah ditetapkan selepas selesai menghantar bank draft dan slip ke mahkamah tinggi. Anda juga disarankan untuk log masuk ke dalam akaun 5 minit lebih awal sebelum masa bidaan berlangsung. Sekiranya anda log masuk terlalu awal pula, bimbang anda akan terlog keluar sendiri nanti.

Pastikan anda menepati masa kerana sistem lelongan akan bermula tepat pada waktu yang ditetapkan.

5.Mula Sesi Bidaan

Anda boleh mulakan sesi bidaan apabila waktunya sudah tiba. Bida ikut bajet yang anda ada dan boleh. Jangan terlalu mengikut orang lain kerana anda yang perlu melunaskan bayaran pembelian nanti. Sila pastikan kelayakan pembiayaan anda melepasi syaratnya ya.

Sekiranya bidaan gagal atau tidak berjaya, jangan putus asa. Boleh cuba pada unit rumah yang lain. Anda boleh ambil semula bank draft anda pada keesokan harinya.

Untuk mereka yang berjaya, boleh terus cetak kontrak dan terus berkunjung ke cawangan LHDN berdekatan untuk buat stamping.

Perlu diingatkan bahawa anda harus mencetak lebih kurang 3 atau 4 salinan kerana anda perlu serahkan salinan kontrak tersebut kepada peguam, pinjaman bank dan simpanan sendiri. RM10 sahaja untuk stamping bagi setiap salinan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi Pusat Operasi e-Lelong di talian 09-5707063 atau e-mel ke [email protected] untuk bantuan.

 

ARTIKEL LAIN 

eRumah Johor :DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH (Borang & Kos Yang Perlu Dibayar)

RUMAH MESRA RAKYAT (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)

SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

4 thoughts on “E-LELONG (Cara Daftar E-BIDDING & Beli Rumah Lelong Malaysia)”

  1. terbaik, saya sebagai agent. banyak juga orang tanya pasal rumah lelong, tapi tak tahu nak jawab sebab memang saya tak focus sangat rumah lelong ni.

    nanti kalau ada saya paste url website ini je lah..

    tq

    Balas

Leave a Comment