Status SARA Masih Dalam Proses Semakan Tiada Rekod

Status SARA Masih Dalam Proses Semakan

Maksud Status SARA

Jika anda membuat semakan status SARA,dinyatakan bahawa “dalam proses semakan.Apakah maksud status tersebut?

Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) yang akan menerima bayaran secara secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan membuat semakan baki bantuan SARA , semoga membantu.

 

MAKSUD Status SARA Masih Dalam Proses Semakan

 

Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak  pada laman portal STR, maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.

Ia juga bermaksud anda mungkin layak jika anda menerima STR tetapi pelaksanaan bantuan SARA bagi kategori bukan eKasih akan dimaklumkan kelak.

 

MAKSUD Status SARA Tiada Rekod

Jika permohonan anda tiada rekod   pada laman portal STR, maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda mungkin data anda tidak ditemui LHDN bagi melayakkan anda mendapat bantuan SARA.

 

SYARAT KELAYAKAN SARA 

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

CARA DAFTAR BANTUAN SARA 

Tiada pendaftaran diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

 

KADAR BANTUAN SARA 

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

BILKATEGORI KELULUSAN STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)AMAUN BAYARAN
1Isi Rumah

  • Kahwin
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2Warga Emas Tiada Pasangan
3BujangRM600

Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.

 

KATAGORI BARANGAN ASAS BANTUAN SARA MYKASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)
  • Makanan dalam tin (Contoh: sardin)
  • Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
  • Produk kebersihan,
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan.

 

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih setiap bulan seperti jadual berikut:

BULANTARIKH BAYARANKATEGORI STR (Miskin dan Miskin Tegar)
Isi Rumah & Warga Emas Tiada PasanganBujang

 

Januari22 Januari 2024RM100RM50
Februari1 Februari 2024RM100RM50
Mac1 Mac 2024RM100RM50
April1 April 2024RM100RM50
Mei1 Mei 2024RM100RM50
Jun1 Jun 2024RM100RM50
Julai1 Julai 2024RM100RM50
Ogos1 Ogos 2024RM100RM50
September1 September 2024RM100RM50
Oktober1 Oktober 2024RM100RM50
November1 November 2024RM100RM50
Disember1 Disember 2024RM100RM50
JUMLAHRM1,200RM600

 

SEMAKAN TARIKH LUPUT BAKI BANTUAN SARA 

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walaubagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

 

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA 

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

  • Semakan baki melalui portal rasmi MyKasih
    • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-).
    • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  • Semakan baki pada resit pembelian:

 

CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARA 

Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih

 

ARTIKEL LAIN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH(Bantuan SARA RM100 Sebulan)

2 thoughts on “Status SARA Masih Dalam Proses Semakan Tiada Rekod”

Leave a Comment